awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis politik tidak ganggu keselamatan Selangor - Ketua Polis Selangor

Bernama
Bernama
13/08/2014
10:02 MYT
Krisis politik tidak ganggu keselamatan Selangor - Ketua Polis Selangor
ABDUL SAMAH: Aktiviti harian rakyat ketika ini berjalan seperti biasa - Gambar Fail
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat hari ini memberi jaminan keadaan di negeri itu selamat dan terkawal walaupun dilanda krisis politik sejak beberapa hari lalu.
Beliau berkata aktiviti harian rakyat ketika ini berjalan seperti biasa dan tidak wujud sebarang kebimbangan mengenai soal keselamatan.
"Polis sentiasa memantau keadaan di sana dan semuanya dalam keadaan terkawal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelupusan barang kes mesin perjudian komputer di Balai Polis Pandan Indah, di Ampang dekat sini, hari ini.
Krisis politik Selangor meruncing apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR Sabtu lepas, antara lain kerana mengingkari arahan parti supaya meletakkan jawatan menteri besar.
Suasana politi Selangor bertambah hangat berikutan pemecatan lima anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada DAP dan PKR yang menurut Khalid dibuat secara sah dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Topic Berkaitan
#Khalid
#pecat
#polis
#politik
#selamat
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan