KUALA LUMPUR: Krisis tenaga global melibatkan pembekalan arang batu dan gas tidak menjejaskan sekuriti bekalan elektrik di Malaysia, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju.
Beliau berkata TNB Fuel Services Sdn Bhd sebagai pembekal arang batu kepada penjana kuasa bebas di Malaysia mempunyai kontrak jangka panjang bagi pembekalan arang batu dengan pihak pembekal manakala gas bagi penjanaan elektrik pula dibekalkan Petronas.
"Selain itu, sekuriti tenaga elektrik di Malaysia tidak terjejas memandangkan sektor penjanaan elektrik negara telah mempelbagaikan campuran bahan api.
"Ia bagi mengurangkan kebergantungkan kepada bahan api gas, arang batu dengan menggunakan sumber penjanaan tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan hidro," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang ingin tahu adakah sekuriti bekalan elektrik di negara ini terjejas dengan krisis tenaga global dan langkah diambil kerajaan mengenai isu tersebut.
Sementara itu, bagi memastikan sistem Grid Nasional kukuh dan stabil, Ali berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang melaksanakan Projek Talian Penghantaran 500kV dari utara hingga selatan Semenanjung Malaysia yang akan menjadi tulang belakang sistem Grid Nasional.
Katanya pelaksanaan projek berkenaan akan mengoptimumkan penghantaran elektrik kepada pengguna di seluruh semenanjung dan memastikan pengguna elektrik mendapat bekalan yang berdaya harap.
Ali berkata kerajaan juga telah meluluskan Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Semenanjung bagi tempoh 20 tahun untuk memastikan bekalan elektrik di semenanjung sentiasa mencukupi.
Beliau juga memaklumkan kerjasama penghantaran elektrik Grid Kuasa ASEAN masih di peringkat permulaan dengan perbincangan serta libat urus masih sedang dijalankan pihak kementerian dan swasta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 15 2021
Sektor penjanaan elektrik negara telah mempelbagaikan campuran bahan api, selain memanfaatkan sumber penjanaan tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan hidro. - Gambar hiasan
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Amal guna barang, perkhidmatan elektrik secara lestari, elak pembaziran - FOMCA
Penggunaan tenaga yang cekap amat penting dan boleh mengurangkan bil elektrik bulanan isi rumah.
Rusia-Ukraine: Krisis tenaga terus meruncing, tenaga boleh diperbaharui semakin jadi pilihan
Penyelesaian baharu krisis tenaga ialah penggunaan tenaga boleh diperbaharui sebagai langkah berdaya maju.
Presiden Afrika Selatan isytihar bencana kebangsaan akibat krisis tenaga
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa mengisytiharkan darurat bencana kebangsaan bagi menangani krisis bekalan elektrik negara itu.
Negara maju digesa tunai janji, peruntukan AS$100 bilion tangani bencana iklim
Berdepan bencana iklim, krisis makanan dan tenaga, multilateralisme dan kerjasama dilihat sebagai satu-satunya jalan keluar.
Berdepan krisis tenaga, Paris padam skrin iklan digital lebih awal
Dewan Bandar Raya Paris pada Rabu lalu meluluskan inisiatif untuk memadamkan skrin pengiklanan digital lebih awal di kawasan awam.
Australia rancang tambah pengambilan migran susulan krisis tenaga mahir
Australia mempertimbang untuk menaikkan had migran tahunan daripada paras semasa iaitu 160,000 kepada lebih ramai migran berkemahiran tinggi.
Henti guna gas untuk jana elektrik - Menteri Jerman
Jerman memperhebat perbahasan mengenai kemungkinan melanjutkan penggunaan NPP ekoran krisis gas yang sedang berlaku.
Sri Lanka jangka kekurangan bekalan bahan api berterusan selama 12 bulan
Kekurangan bahan api di Sri Lanka mungkin berterusan selama setahun kerana kekurangan dana untuk import.
Krisis tenaga global tidak jejas sekuriti bekalan elektrik Malaysia
Sektor penjanaan elektrik negara telah mempelbagaikan campuran bahan api.
Sumber tenaga kerja di Pakistan kritikal
Pakistan berdepan krisis tenaga yang kritikal berikutan kegagalan merancang sumber tenaga untuk jangka panjang.