KUALA LUMPUR: Sebarang perbincangan ataupun kritikan kepada kerajaan mestilah berpandukan kepada fakta dan bukan sekadar emosi bertujuan memainkan sentiman bagi mengelirukan rakyat.
Timbalan Ketua Pemuda, Perikatan Nasional (PN), Datin Ema Syuhaili Mohamad Sukor menjelaskan, semua individu perlu lebih berhati-hati dan jujur dalam mengeluarkan komentar agar ianya menjurus ke arah perbincangan yang sihat dan bukan sekadar mengkritik.
"Saya terpanggil untuk menjawab hantaran Facebook Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan bertajuk 'Malaysia menggaul resipi menuju kehancuran diri' yang menampilkan hujah yang dangkal dan cetek berhubung isu tahap hutang negara. Hantaran tersebut cuba memberikan gambaran bahawa negara seolah-olah menuju kehancuran berkaitan isu tersebut. Persoalan dan hujahan ini hanyalah berdasarkan kepada satu artikel di sebuah portal semata-mata.
"Tidakkah beliau membaca penjelasan yang diberikan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, analisis ahli ekonomi hatta artikel lain yang pernah dilaporkan portal berita dan ekonomi berkaitan isu yang sama sebelum ini? Atau beliau cuma menjadi 'burung kakak tua' kepada kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu tersebut tanpa cuba memahami dengan lebih mendalam?
"Parlimen pada 24 Ogos 2020 telah meluluskan peningkatan had hutang negara kepada 60 peratus dalam Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus COVID19) 2020. Kali terakhir peningkatan had hutang dilakukan pada tahap 55 peratus Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi menangani krisis ekonomi 2009. Panjelasan Menteri Kewangan pada 23 Mac 2021 berhubung definisi had statutori saya kira amatlah jelas," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BACA: PKP 2.0, ketidaktentuan politik antara faktor Bank Dunia turunkan unjuran ekonomi
BACA: Hutang negara masih di bawah had statutori - Tengku Zafrul
Zahida di dalam hantaran Facebooknya meluahkan kerisauan hutang yang tinggi akan menyebabkan faedah yang perlu dibayar setiap tahun menjadi terlalu tinggi untuk ditanggung negara.
Jelasnya, wang yang sepatutnya dibayar untuk jumlah faedah itu boleh menampung pembangunan negara selain melihat pembayaran faedah akan membantutkan perkembangan negara.
Dalam pada itu tegas Ema Syuhaili, kenyataan Zahida bahawa definisi yang diguna pakai adalah difinisi had statutori 60 peratus adalah had statutori untuk instrumen hutang yang diterbitkan kerajaan, iaitu Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB).
"Jumlah hutang bagi tiga instrumen terbitan kerajaan pada akhir Disember 2020 adalah 58 peratus daripada KDNK. Pada akhir Februari 2021, jumlah hutang ini adalah 54 peratus KDNK dan dijangka mencecah 58.5 peratus pada akhir tahun ini. Manakala Instrumen hutang lain pula mempunyai had statutori lain iaitu RM35 bilion untuk pinjaman luar negeri; dan RM10 bilion untuk hutang Bil Perbendaharaan Malaysia.
"Zafrul secara jelas menyatakan bahawa jumlah hutang kerajaan untuk kedua-dua instrumen di atas masih di bawah had statutori. Apabila ada pihak merujuk kepada hutang negara mencecah 62 peratus pada hujung 2020, ia sebenarnya adalah rangkuman semua hutang di atas. Tetapi seperti yang beliau jelaskan, setiap komponen ada had hutangnya sendiri dan ia tidak pernah melepasi had hutang mengikut undang-undang," ujarnya.
Tambahnya, walaupun kenyataan Menteri Kewangan menegaskan bahawa had hutang masih belum mencecah siling 60 peratus berbanding KDNK, ramai ahli ekonomi berpandangan bahawa ianya wajar dinaikkan melebihi 60 peratus sehingga 65 peratus terutamanya bagi menampung perbelanjaan dan pakej stimulus untuk melawan pandemik COVID-19.
"Ahli ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak, Barjoyai Bardai di dalam sebuah portal sebelum ini berpandangan kerajaan patut meningkatkan had hutang dalam mengharungi tempoh ekonomi sukar bagi merangsang ekonomi negara.
"Sekiranya Zahida bertanyakan adakah kelulusan Perlimen diperolehi atau kerajaan telah menaikkan kadar tersebut tanpa pengetahuan umum, dalam artikel yang sama Barjoyai Bardai menyatakan, Rule of thumb yang dikeluarkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan agensi penarafan lain tidak selalunya terpakai dalam keadaan kecemasan atau darurat.
"Secara teorinya, Kabinet boleh manasihatkan Yang Di-Pertuan Agong untuk meluluskan pindaaan pada Ordinan Darurat untuk meningkatkan kadar hutang yang sebelum ini ditetapkan pada 60 peratus. Sekiranya terdapat keperluan yang mendesak, Ordinan Darurat memberikan kuasa untuk perubahan kadar tersebut, namun saya berpandangan pihak kerajaan tiada masalah untuk membahaskan perkara tersebut di Parlimen sebaik sahaja Dewan bersidang apabila keadaan membenarkan," katanya.
Ema Syuhaili turut yakin langkah-langkah ekonomi yang diambil oleh kerajaan PN mempunyai asas yang kukuh dan bukan sekadar knee jerk reaction sahaja.
"Oleh itu memainkan sentimen negara bankrup dengan memberikan contoh negara Greece oleh Zarida amatlah tidak bertanggungjawab.
"Ia tidak mengambil kira pandangan pakar dan tindakan negara-negara lain dalam menghadapi pandemik COVID-19," tegasnya.
Astro Awani
Fri Mar 26 2021

Ema Syuhaili yakin langkah-langkah ekonomi yang diambil oleh kerajaan PN mempunyai asas yang kukuh dan bukan sekadar knee jerk reaction sahaja. - Gambar srikandi muda

Serangan | Marahkan polis, bomba jadi mangsa
Di saat sedang payah memadam kebakaran di sebuah sekolah di bandar Lille di Perancis, dilempar pula dengan objek berupa peluru dari bangunan berdekatan. Itu yang dilalui anggota bomba yang terlibat dalam operasi pemadaman di bandar tersebut.

Serangan | Pegawai polis maut ditikam
Seorang pegawai polis wanita maut ditikam di sebuah balai polis di Rambouillet Perancis pada Jumaat. Menurut pihak berkuasa, penyerangnya bagaimanpun ditembak mati oleh pegawai yang berada berhampiran lokasi kejadian.

KRI Nanggala 402 | Operasi mencari dan menyelamat diteruskan
Usaha mencari dan menyelamat kapal selam KRI Nanggala 402 bersama 53 anak kapal di perairan Bali diteruskan pada Jumaat. Ketua Tentera Laut Indonesia memaklumkan, oksigen di dalam kapal selam itu dijangka habis pada jam 3 pagi Sabtu.

Kes hina Permaisuri Agong: Fahmi Reza ditahan polis
Sumber dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman mengesahkan penahanan tersebut.

VFive Group lancar yayasan pertingkat CSR syarikat
Ia merupakan inisiatif memantapkan CSR dan berkongsi rezeki kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Bonus Raya | Guna bonus Raya untuk PdPR anak
Jika sebelum ini Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri penjawat awam digunakan untuk persediaan menyambut Syawal namun mungkin berbeza bagi sebahagian penerima untuk tahun ini. Ramai kalangan mereka berkemungkinan memannfaatkanya untuk penambaikan pendidikan anak-anak bagi menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ini kerana PdPR kini menjadi sebahagian daripada norma baharu yang perlu diamalkan bagi mengekang penularan COVID-19.

10 Berita Pilihan - (23 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Siasatan Polis | Fahmi Reza ditahan hina Permaisuri Agong
Aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza ditahan Polis Diraja Malaysia pada Jumaat. Difahamkan, Fahmi ditahan atas dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sukuk Malaysia | Masyarakat antarabangsa semakin yakin - PM
Terbitan Sukuk Kelestarian Malaysia yang mencatatkan langganan 6.4 kali mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap kebolehan ekonomi negara untuk kembali kukuh, meskipun berdepan dengan pandemik COVID-19. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebelum ini juga bank dunia membuat unjuran yang ekonomi Malaysia berkembang sebanyak enam peratus tahun ini manakala kerajaan menetapkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara enam hingga 7.5 peratus.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 April 2021.

MyDIGITAL: Google, Microsoft, Facebook, Amazon sedia kongsi pengalaman dengan Malaysia
Kesediaan syarikat-syarikat itu adalah melalui perkongsian pengalaman dan nasihat dalam menjayakan pelaksanaan MyDIGITAL di Malaysia.

Proses pemberian vaksin bergerak perlahan, di mana silapnya? - Zahid
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan bertindak pantas kerana melibatkan kesihatan rakyat.

Dua kereta masuk lubang tengah jalan, laluan ditutup
Dua buah kereta termasuk ke dalam lubang di tengah jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mentakab, Temerloh.

Rentas negeri ke majlis perkahwinan adik punca kluster baharu di Terengganu
26 kes dikesan positif COVID-19 dari kluster berkenaan, yakni iaitu 11 orang ahli keluarga dan 15 lagi tetamu yang menghadiri kenduri.

'Tiada siapa paksa beli, kalau rasa mahal masak sendiri'
Kebanyakan pengguna memberi pelbagai pandangan berkenaan perkongsian tersebut antaranya pemilik akaun Facebook, Nik Mohd Kamaruzaman yang kurang senang dengan tindakan individu yang menularkannya.

"Kita menang Thomas Cup pun sebab tolak ansur" - Cerita Lee Chong Wei sentuh hati rakyat Malaysia
Anak Lee Chong Wei mengadu bagaimana dua rakannya yang berbangsa Melayu enggan menjamah makanan yang dibawanya.

Lakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan - Syed Ali
Semua pihak khususnya pemimpin, penyokong dan pemain politik diminta mengambil pendekatan untuk melakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan ini.

Kegunaan internet isi rumah meningkat 91.7 peratus pada tahun 2020 - Ketua Perangkawan
Penggunaan internet isi rumah menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 91.7 peratus pada tahun 2020 berbanding 90.1 peratus pada tahun 2019 susulan impak pandemik COVID-19.

PM Singapura harap dapat umum keputusan berkaitan isu tudung Ogos ini
Lee Hsien Loong mengakui beliau telah duduk berbincang secara jujur, terus terang dan penuh bersemangat dengan pemimpin Melayu/Islam Singapura.

Notis bankrap: Bagaimana saya mahu membayar peguam? - Najib
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut mengkritik kerajaan kerana cuba memufliskannya dengan undang-undang yang tidak boleh dicabarnya.