KUALA LUMPUR:Esok, 18 Februari 2021, tumpuan media dan rakyat Malaysia akan tertumpu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mengetahui keputusan kes pertuduhan rasuah melibatkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sama ada mahkamah akan memanggil Rosmah untuk membela diri terhadap pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak, atau membebaskannya.

Rosmah berhadapan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.

BACA: Kes projek solar: Keputusan Rosmah dipanggil bela diri atau bebas diputuskan Khamis ini 

Berikut adalah kronologi kes tersebut:

15 Nov 2018
Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

BACA: Rosmah ditahan SPRM, didakwa esok

BACA: Rosmah mengaku tidak bersalah terima suapan RM5 juta


15 Mac 2019
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi membabitkan dua tuduhan rasuah dihadapi Rosmah.

10 April 2019
Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta berhubung projek berkenaan.

BACA: Projek solar: Rosmah kekal pengakuan tidak bersalah

28 Jun 2019
Kes Rosmah yang didakwa atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta dalam projek bersepadu sistem solar sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

5 Februari 2020
Rosmah hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan ditemani peguam dan ahli keluarga bagi perbicaraan kes rasuah RM5 juta yang dihadapinya.

31 Mac 2020
Perbicaraan kes rasuah membabitkan Rosmah berhubung pembekalan dan pemasangan sistem tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak bersambung di Mahkamah Tinggi pada 15 April susulan pelaksanaan PKP.

20 Mei 2020
Mahkamah menetapkan perbicaraan kes berhubung pembekalan dan pemasangan sistem tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak bersambung selama 31 hari di Mahkamah Tinggi bermula 13 Julai.


RM100, 000 sebulan untuk Cybertrooper Rosmah

2 November 2020
Perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang sepatutnya bersambung empat hari ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang.

16 November 2020
Perbicaraan yang sepatutnya bersambung hari ini ditangguhkan ke 11 Disember depan.

3 Disember 2020
Mahkamah Tinggi menetapkan 15 Disember untuk pengurusan kes Rosmah yang menghadapi 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

11 Disember 2020
Selepas 23 saksi dipanggil memberi keterangan, pihak pendakwaan menutup kes isteri bekas Perdana Menteri itu.

Hakim menetapkan 10 Februari sebagai tarikh untuk hujahan kes.


Kes rasuah Rosmah: Pendakwaan tutup kes, hujahan 10 Feb

10 Februari 2021
Rosmah hadir ke Mahkamah Tinggi bagi hujahan kes.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 18 Februari sebagai tarikh keputusan kes selepas mendengar hujahan lisan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan di akhir kes pendakwaan.