Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa melahirkan kebimbangan akan kadar keberhutangan yang tinggi dalam kalangan segelintir penjawat awam dan mahu ketua jabatan memantau gaya hidup warga kerja masing-masing.
Katanya beliau dimaklumkan ada penjawat awam terbabit yang membawa pulang gaji sifar ke rumah kerana gajinya dipotong untuk membayar hutang.
"Saya dimaklumkan ada 'take home pay' (gaji yang dibawa pulang) penjawat awam kurang daripada 40 peratus yang kita syaratkan. Ada yang kosong peratus.
"Kita lihat ada yang ingin hidup mewah dan pada masa yang sama banyak meminjam sehingga membawa gaji kosong ringgit ke rumah. Perkara ini perlu diatasi," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Ali ditemui pada majlis penganugerahan surat kenaikan pangkat pegawai pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Mengulas lanjut, Ali meminta Jabatan Akauntan Negara dan ketua-ketua jabatan memantau penjawat awam yang tidak berbelanja secara berhemah.
"Ketua Setiausaha Perbendaharaan juga meminta Jabatan Akauntan Negara meneliti potongan gaji penjawat awam," katanya.
Sementara itu, berucap pada majlis tersebut, Ali mengusulkan penjawat awam mengguna pakai kaedah 'jejak dan berkhidmat' bagi memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Menerusi kaedah itu, penjawat awam mendekati rakyat untuk menyampaikan perkhidmatan secara cepat dan tepat bagi mengelakkan kerugian masa dan kos, katanya.
"Penjawat awam perlu lebih fokus kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih jitu untuk rakyat. Kita perlu pastikan khidmat kita sampai," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu perkhidmatan awam memfokuskan 2017 sebagai tahun penyampaian dengan keutamaan melaksanakan projek, program dan perkhidmatan untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta negara.
Pada masa yang sama Ali meminta penjawat awam tidak menangguk di air keruh dengan bersama-sama pihak tidak bertanggungjawab melemparkan kritikan bahawa kerajaan tidak prihatin dan tidak menjaga kebajikan penjawat awam.
Beliau turut menasihati penjawat awam agar tidak menyebarkan atau memberikan komen yang boleh ditafsir menurut Perintah Am sebagai mencemar imej perkhidmatan awam atau melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta Rahsia Rasmi.
"Nasihat saya ini terpakai untuk pegawai yang sedang berkhidmat atau sudah bersara," katanya. - Bernama
Bernama
Wed Jan 11 2017

Ali turut menasihati penjawat awam agar tidak menyebarkan atau memberikan komen yang boleh ditafsir menurut Perintah Am sebagai mencemar imej perkhidmatan awam. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: PKPD di Kampung Tringgus, Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dakwaan cuba disogok: Natrah buat laporan SPRM
Natrah, yang merupakan Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat laporan itu di SPRM Cawangan Segamat.

Pindaan Akta 728 mampu luaskan bidang kuasa Maqis
Perkara itu sudah di peringkat akhir penelitian oleh pihak Jabatan Negara sebelum dibawa ke Parlimen untuk proses kelulusan.

Hadi Awang yakin rakyat boleh nilai kerajaan mana lebih baik
Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik.

Polis tahan warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan tawar gelaran Datuk palsu
Penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada Istana Kelantan.

5 hari padam kebakaran tapak pelupusan sampah
Operasi dilakukan dengan menggunakan teknik pemadaman yang dibahagikan kepada empat sektor.

COVID-19: Perintah sekatan di Auckland kembali dilonggarkan ke tahap dua
Sebarang perhimpunan sosial dihadkan kepada 100 orang pada satu masa.

COVID-19: Kelonggaran sekatan di UK mula dengan pembukaan sekolah pada Isnin
Orang ramai digesa untuk mematuhi prosedur operasi standard dan berjaga-jaga agar sekatan tersebut tidak lagi terbatas selepas ini.

Polis tahan 2 lelaki Thailand miliki ganja mampat lebih RM100,000
Dua lelaki Thailand ditahan bersama 42 ketul ganja mampat bernnilai lebih RM100,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Charuk Tenang, dekat Sik, pada Sabtu malam.

Ali Hamsa refers to talking points given by PMO during 1MDB meeting
The trial before Judge Mohamed Zaini Mazlan continues this Wednesday.

Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.

Penjawat awam perlu letak jawatan jika jadi calon - KSN
Penjawat awam yang berkhidmat secara tetap atau kontrak yang dipilih sebagai calon bagi PRU14, perlu meletakkan jawatan masing-masing.

Projek naik taraf Hospital Tawau siap menjelang 2020
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini merasmikan majlis pecah tanah naik taraf Hospital Tawau bernilai RM223 juta, di sini.

Urus tadbir tanah Malaysia jadi contoh negara luar - Ali Hamsa
Pengiktirafan yang diberikan Bank Dunia itu meletakkan Malaysia pada kedudukan 42 berbanding 190 negara yang lain.

Tun Abdullah dianugerah Felo Intan 2017
Tun Abdullah dianugerahkan Felo Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) 2017 pada istiadat penganugerahan Diploma Pascasiswazah Intan di MAEPS di sini hari ini.

Kerajaan cadang perkenalkan skim sewa beli rumah penjawat awam
Kerajaan bercadang memperkenalkan Skim Sewa Beli bagi membantu penjawat awam, terutamanya yang baharu bekerja, memiliki kediaman pertama mereka.

Wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam kini lebih 30 peratus - KSN
Malaysia sudah mengatasi sasaran kuota 30 peratus wanita di peringkat pembuat dasar dalam sektor awam.

Doktor pelatih perlu lebih bersedia hadapi tekanan di tempat kerja
Situasi cemas dan sanggup mengorbankan waktu cuti adalah antara cabaran yang perlu dihadapi golongan muda dalam kerjaya pegawai perubatan, kata Presiden Perdim Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail.

Tidak tahan tekanan antara sebab doktor pelatih berhenti kerja
Dr Hilmi mendedahkan 120 orang daripada kira-kira 10,000 doktor pelatih di negara ini dilaporkan berhenti secara sukarela atau diberhentikan daripada perkhidmatan awam itu tahun lalu.