awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KTMB sedia dua perkhidmatan tren ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina

Bernama
Bernama
02/01/2025
10:30 MYT
KTMB sedia dua perkhidmatan tren ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina
KTMB memaklumkan tiket untuk tren tambahan ini akan dijual mulai esok, 3 Jan, pada pukul 10 pagi, bagi perjalanan yang bermula 17 Jan hingga 16 Feb. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah dua perkhidmatan Elektrik Train Service (ETS) bagi perjalanan pergi dan balik antara KL Sentral dan Padang Besar sempena Tahun Baharu Cina.
KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiket untuk tren tambahan ini akan dijual mulai esok, 3 Jan, pada pukul 10 pagi, bagi perjalanan yang bermula 17 Jan hingga 16 Feb.
"Tren tambahan ini akan beroperasi selama 19 hari dan menawarkan 630 tempat duduk setiap hari termasuk kemudahan kelas perniagaan dengan jumlah keseluruhan 11,970 tempat duduk.
"Tren akan berlepas dari KL Sentral pada 5.00 petang dan tiba di Padang Besar pada pukul 10.20 malam, manakala dari Padang Besar, tren berlepas pada pukul 11.05 pagi dan tiba di KL Sentral pada 4.30 petang," katanya.
KTMB memaklumkan inisiatif itu sebagai memenuhi permintaan penumpang yang tinggi serta membantu mengurangkan kesesakan trafik yang sering berlaku setiap kali musim perayaan.
Tiket boleh dibeli melalui aplikasi KTM Mobile (KITS) atau di laman sesawang KTMB www.ktmb.com.my bagi pembelian tanpa tunai serta menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200 atau layari media sosial rasmi KTMB untuk pertanyaan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KTMB
#Tahun Baharu Cina
#media sosial
#musim perayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan