Skip to main content

Malaysia

Video tular KLIA: Mohd Shuhaily sedia terima keputusan kerajaan

Mohd Shuhaily (kanan) berkata perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada peringkat tertinggi kerajaan serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan beliau bersedia menerima sebarang keputusan berhubung isu itu. -Gambar Bernama
Mohd Shuhaily (kanan) berkata perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada peringkat tertinggi kerajaan serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan beliau bersedia menerima sebarang keputusan berhubung isu itu. -Gambar Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, menyerahkan kepada kerajaan tindakan susulan isu video tular melibatkan dirinya.
  • Beliau telah memaklumkan perkara itu kepada pihak tertinggi kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri serta bersedia menerima sebarang keputusan.
  • Mohd Shuhaily menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut dan berharap keadilan dapat diberikan kepada semua pihak terlibat.

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, menyerahkan kepada kerajaan berhubung tindakan yang mungkin dikenakan susulan video tular melibatkan dirinya.

Mohd Shuhaily berkata perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada peringkat tertinggi kerajaan serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan beliau bersedia menerima sebarang keputusan berhubung isu itu.

“Apa jua keputusan mereka, saya terima kerana pada saya untuk mengubah sesuatu, ia mempunyai harga. Dan sekiranya harga itu ialah diri saya, maka saya bayar dengan diri saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi menjelaskan isu video tular yang memaparkan dirinya memarahi seorang individu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Mohd Suhaily berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut dan berharap proses berkenaan dapat memberikan keadilan kepada semua pihak.

“Apa pun, saya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut dengan penuh efisien. Biarlah keadilan muncul kelak bagi semua pihak,” katanya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement