Prosiding membela diri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan hari ini, ditangguhkan kepada 18 Feb kerana bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu mengalami kecederaan pada lutut kanan berikutan terjatuh selepas memberi keterangan Jumaat lepas.
Tengku Adnan, 69, terjatuh ketika sedang menuruni tangga di kandang saksi setelah selesai memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini.
Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan memberitahu Hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa anak guamnya diberi cuti sakit selama enam hari mulai 17 Jan lepas.
"Anak guam saya mengalami kecederaan pada lutut kanan dan hasil pemeriksaan melalui CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) mendapati beliau tidak mengalami kecederaan yang serius.
"Pihak kami memohon maaf di atas kesulitan dan meminta prosiding perbicaraan dilapangkan," katanya.
Sepatutnya, hari ini dan esok ditetapkan untuk Tengku Adnan menyambung keterangan secara bersumpah di kandang saksi selepas Mahkamah Tinggi pada 14 Okt lepas memerintahkannya membela diri atas pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah Urusan Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB).
Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim tidak membantah penangguhan perbicaraan kes itu.
Hakim Mohamed Zaini menetapkan 18 hingga 20 Feb, 4 dan 5 Mac serta 25 hingga 27 Mac untuk perbicaraan.
Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada Chai, 61, melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini pada 14 Jun 2016.
Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 20 2020
Tengku Adnan (tengah) ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jumaat lalu, hari pertama prosiding bela diri beliau terhadap tuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan empat tahun lepas. -- fotoBERNAMA/Fail
AWANI Ringkas: Tindakan boikot tersasar jauh - Mufti Perak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TnG eWallet dikemas kini dengan kalkulator tukaran mata wang untuk kad prabayar Visa
APLIKASI Touch n Go eWallet hari ini telah dikemas kini dengan ciri kalkulator penukaran mata wang.
Gaji penjawat awam negeri Selangor akan dinaikkan selaras pengumuman PM - Amirudin
Gaji penjawat awam negeri Selangor akan dinaikkan selaras pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lepas.
Indonesia alih tumpuan aksi playoff berdepan Guinea
Ketua jurulatih Indonesia kini berperang dengan masa untuk menyediakan pemainnya yang keletihan menghadapi perlawanan playoff Sukan Olimpik.
'Cengkaman' 43 tahun Loudness bakal diterjemahkan menerusi konsert
Loudness bukanlah asing bagi peminat muzik heavy metal tempatan apatah lagi mereka boleh diklasifikasikan sebagai ikon rock yang cukup berpengaruh.
Boustead Heavy Industries terima kontrak sokongan kapal selam TLDM bernilai RM43.6 juta
Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menerima kontrak sokongan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM43.6 juta.
Tesla lancarkan stesen 'supercharging' V4 pertama rantau Asia Tenggara di Malaysia
TESLA hari ini mengumumkan pelancaran stesen pengecasan kereta Tesla Supercharging V4 secara rasminya di Malaysia.
Orang utan rawat luka sendiri guna tumbuhan
Orang utan bernama Rakus merawat luka di mukanya dengan mengunyah daun Akar Kuning dan berulang kali menyapu ke atas luka itu.
X ubah ciri 'block', komen masih boleh dibaca
CIRI block di X (Twitter) ialah cara paling mudah untuk menghalang akaun tertentu daripada muncul di susur masa atau pemegang akaun membaca ciapan anda.
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
Ahli perniagaan hadapi tujuh pertuduhan tipu rakan RM580,000
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan menipu seorang lelaki melibatkan kerugian berjumlah RM580,000.
Kontrak urus kenderaan kerajaan: Ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok
Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen berhubung kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
Ahli perniagaan diperintah bela diri tuduhan tipu bekal sarung tangan
Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang ahli perniagaan membela diri terhadap pertuduhan menipu seorang usahawan wanita berhubung pembekalan sarung tangan ketika pandemik COVID-19.
Bermula hanya sekadar hobi, ahli perniagaan tekad buka zoo
Bermula dengan hobi memelihara binatang, seorang ahli perniagaan melangkah lebih jauh apabila memutuskan untuk membuka zoo.
SPRM beku akaun ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta
SPRM membekukan beberapa akaun bank persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang bernilai puluhan juta ringgit.
Culik ahli perniagaan wanita untuk tebusan RM2 juta: Dua lelaki dihukum penjara 30 tahun
Panel tiga hakim menolak rayuan Lew Ngee Chin dan Chin Yoon Tack@Chin Yoon Tock berhubung sabitan terhadap mereka.
Atikah Suhaime, Datuk Lokman Teh selamat bernikah
Atikah, 33, yang dinikahkan sendiri oleh bapanya dalam satu majlis tertutup pada Ahad menerima mas kahwin sebanyak RM300.
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran 'Dato' Sri' palsu
Dia didakwa mengeluarkan surat bagi tujuan perniagaan menggunakan gelaran Dato' Sri sebagai penerima Anugerah SSAP daripada Sultan Pahang.
Datuk didenda RM50,000 pindah tanah tanpa kebenaran
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk didenda RM50,000 selepas mengaku salah memindahkan tanah miliknya ke tanah kerajaan tanpa kebenaran.