awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 500,000 sertai perarakan pro-Palestin di Jambatan Galata, Istanbul pada Tahun Baharu
22 cedera dalam letupan bom tangan semasa sambutan Tahun Baharu di selatan Filipina
Puluhan maut, kira-kira 100 cedera dalam kebakaran bar di Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kualiti individu dalam bidang kewartawanan perlu ditingkatkan - Pakar

Bernama
Bernama
27/05/2022
21:00 MYT
Kualiti individu dalam bidang kewartawanan perlu ditingkatkan - Pakar
Wartawan pada masa kini perlu memahami selera milenial bagi menyampaikan berita dengan berkesan berikutan perubahan trend dan teknologi. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kemahiran komunikasi dan kualiti individu yang terlibat dalam bidang kewartawanan perlu diperkasa supaya mutu maklumat dan berita yang disampaikan kepada rakyat berada pada tahap tertinggi.
Bekas professor Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Prof Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman berkata maklumat berita yang bermutu dapat meningkatkan daya pemikiran, integriti dan kebijaksanaan masyarakat dalam membuat keputusan.
"Maklumat yang kita berikan adalah untuk tambah pengetahuan masyarakat, kita mahu maklumat yang disampaikan itu positif dan mendidik, mendapat pengetahuan terkini, dengan itu masyarakat akan mempunyai daya pemikiran yang tinggi," katanya menerusi program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV semalam.
Beliau berkata memandangkan kini banyak saluran media yang menyediakan maklumat kepada masyarakat, pembaca perlu lebih terbuka kepada pelbagai jenis maklumat serta bijak dalam pemilihan sumber berita untuk dipercayai.
"Dengan sumber yang pelbagai, rakyat akan dapat pelbagai sumber maklumat, bagaimanapun bertambah maklumat tak semestinya bagus, ia akan memberi kesan kepada perpecahan pendapat yang akan membawa pelbagai jenis perpecahan (dalam masyarakat)," katanya.
Beliau berkata kerjaya sebagai wartawan kini tercabar dengan kritikan dan pendedahan kepada pelbagai pendapat daripada masyarakat serta tindakan undang-undang, namun wartawan perlu terus berjuang dalam penyebaran berita sahih kepada pembaca yang mahukan kebenaran.
Sementara itu Pengerusi dan Pengasas Bersama ARUS Anak Muda Dr Zokhri Idris berkata wartawan muda pada masa kini perlu memahami selera milenial bagi menyampaikan berita dengan berkesan berikutan perubahan trend dan teknologi.
Katanya pendekatan menggunakan bahasa bersifat moden dan konstruktif dalam penulisan berita juga dilihat mampu menarik minat anak muda untuk menjadikan media arus perdana sebagai sumber rujukan utama berbanding media sosial.
"Penyampaian itu perlu diolah sedikit tetapi perlu berhati-hati agar tidak terikut dengan trend lenggok bahasa anak muda pada masa kini, sehinggakan ia sukar difahami," katanya pada program Darah Muda dengan topik Milenial: Generasi Berita Dot Com terbitan Bernama TV hari ini.
Zokhri berkata beliau tidak melihat wartawan sekadar satu bentuk pekerjaan tetapi juga sebagai 'suri teladan' yang boleh membawa golongan milenial ke arah yang lebih baik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kualiti
#wartawan
#berita
#sumber maklumat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan