awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kualiti pengudaraan di PPV WTCKL dalam keadaan baik, selamat

Astro Awani
Astro Awani
27/07/2021
07:15 MYT
Kualiti pengudaraan di PPV WTCKL dalam keadaan baik, selamat
PPV Mega WTCKL menerima hampir seramai 18,000 penerima vaksin sehari. Ini merupakan jumlah terbesar yang dikendalikan oleh PPV di Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kualiti pengudaraan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) berada di tahap baik dan selamat.
Pengarah Eksekutif Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, PPV Mega WTCKL sentiasa memastikan ia beroperasi dengan baik dan menjamin keselamatan pengunjungnya.
Tambahnya, Institut Nasional Keselamatan dan Kesihatan Kerja (NIOSH) juga pada 13 Julai lepas datang memeriksa kualiti udara di PPV tersebut dan memaklumkanya semuanya dalam keadaan baik.
“Terkini, PPV Mega WTCKL menerima hampir seramai 18,000 penerima vaksin sehari. Ini merupakan jumlah terbesar yang dikendalikan oleh PPV di Malaysia.
“Kami sentiasa memastikan pengurusan persekitaran yang baik dan juga yang dapat memberi keselesaan kepada para penerima vaksin di PPV Mega WTCKL,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tambahnya, pada 25 Julai 2021, seramai 15,181 orang telah mendapatkan vaksin mereka di PPV Mega WTCKL.
“Ini menjadikan anggaran jumlah keseluruhan penerima vaksin di sini adalah seramai 707,300 orang sejak hari pertama beroperasi pada 5 Mei 2021.
“Saya berharap kita dapat meningkatkan jumlah penerima vaksin dan memberi kesedaran kepada semua bahawa vaksin adalah sangat penting untuk melindungi diri sendiri dan orang sekeliling kita dalam mencapai imuniti kelompok,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#vaksin
#PPV
#imuniti kelompok
#Pusat Pemberian Vaksin
#WTCKL
#Irmohizam Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan