MALAYSIA Football League (MFL) memohon maaf selepas berdepan kritikan ramai berhubung kualiti trofi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018.
MFL memaklumkan terdapat kesilapan dalam tempahan yang dibuat dan trofi yang diberikan kepada pemenang tahun ini bukan seperti yang telah dipersetujui Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"MFL telah mengenal pasti kakitangan yang telah membuat kesilapan dalam pesanan untuk membuat trofi tersebut dan dia cuba untuk menutup perkara tersebut tanpa sebarang maklumat yang diberitahu kepada pihak pengurusan MFL.
"MFL memohon maaf kepada semua pemenang dan juga komuniti bola sepak Malaysia di atas insiden yang tidak mencerminkan matlamat, visi dan piawaian MFL dan Tunku Pengerusi kami yang sangat menekankan standard dan kualiti dalam semua aspek," kata MFL dalam satu entri di akaun Facebook.
MFL juga berjanji akan menghubungi semua pemenang dan menggantikan trofi tersebut, sesuai dengan standard dan kualiti yang ingin dipersembahkan.
Sebelum ini, beberapa portal melaporkan salah satu trofi yang dimenangi Muhammad Safawi Rasid patah sejurus tamat acara tersebut pada Isnin.
BACA: Tiga anugerah ABK bakar semangat Safawi
Pada Isnin, Muhammad Safawi memenangi tiga anugerah iaitu pemain paling bernilai, pemain tengah terbaik dan pemain muda harapan.
Selain itu, kualiti trofi untuk kategori Penjaring Terbanyak didakwa tidak menggambarkan prestij anugerah berkenaan.
Madiha Abdullah
Wed Nov 07 2018
Muhammad Safawi Rasid dinobatkan pemain paling bernilai dan turut menggondol dua anugerah lain iaitu pemain muda harapan dan pemain tengah terbaik pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 baru-baru ini. --fotoBERNAMA/Fail
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
ABK 20 dianjur secara maya
Keunikan ABK20 Virtual pada kali ini menyaksikan penyokong turut diberikan peranan dalam pemilihan pemenang.
Kualiti trofi ABK dipertikai, MFL akui kesilapan dalam tempahan
MFL juga berjanji akan menghubungi semua pemenang dan menggantikan trofi tersebut, sesuai dengan standard dan kualiti yang ingin dipersembahkan.