awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kualiti udara merosot, sembilan kawasan catat IPU tidak sihat

Astro Awani
Astro Awani
18/10/2015
06:34 MYT
Kualiti udara merosot, sembilan kawasan catat IPU tidak sihat
Pencerapan Jabatan Alam Sekitar mendapati, sehingga jam satu tengahari, Tawau mencatat IPU tidak sihat tertinggi dengan bacaan (124). - Gambar Hiasan
Kualiti udara terus merosot dengan jumlah kawasan yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat daripada tujuh kawasan pagi tadi kepada sembilan kawasan.
Pencerapan Jabatan Alam Sekitar mendapati, sehingga jam satu tengahari, Tawau mencatat IPU tidak sihat tertinggi dengan bacaan (124).
Ini diikuti dengan Bandaraya Melaka (114), Pelabuhan Kelang, Selangor (110), Samarahan, Sarawak dan Banting, Selangor (109), Bukit Rambai, Melaka (104), Batu Muda, Kuala Lumpur (103) dan Seremban, Negeri Sembilan (102),
Sejumlah 32 kawasan lain mencatat bacaan IPU sederhana dengan bacaan tertinggi direkod di Putrajaya, Shah Alam, Kuching, dan Port Dickson (100).
Jerebu yang disifatkan acara tahunan mula melanda negara September lalu berikutan aktiviti pembakaran hutan untuk tanaman kelapa dan pulpa di beberapa wilayah di Indonesia, antaranya Sumatera, Kalimantan dan Riau.
Selain Malaysia, Singapura dan Thailand turut diselubungi jerebu.
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh melayari laman web http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk maklumat lanjut berhubung bacaan IPU semasa.
Topic Berkaitan
#API
#IPU
#Jabatan Alam Sekitar
#Jabatan Meteorologi
#jerebu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan