awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka ekonomi positif berjaya perkukuh kedudukan ringgit - PM Anwar
Indonesia kekalkan sekatan terhadap chatbot AI Grok
PSG sambar bakat muda keturunan Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kualiti udara Sri Aman tahap bahaya, IPU lebih 410

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2019
01:25 MYT
Kualiti udara Sri Aman tahap bahaya, IPU lebih 410
Sri Aman di Sarawak kembali merekodkan kualiti udara berbahaya apabila mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 414 setakat 9 pagi ini. -Gambar fail
Kawasan Sri Aman di Sarawak kembali merekodkan kualiti udara berbahaya apabila mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 414 setakat 9 pagi ini.
Sri Aman yang terletak berhampiran wilayah Kalimantan di Indonesia yang kini mengalami kebakaran hutan dan menyebabkan jerebu merentas sempadan, memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan berhampiran bahagian barat Sarawak dan sekitar kawasan Tawau dan Sandakan, Sabah.
Tiga lagi kawasan di negeri itu iaitu Sarikei (232), Samarahan (218) dan Kuching (248) pula kekal di tahap sangat tidak sihat.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc) Yeo Bee Yin semalam berkata satu lagi operasi pembenihan awan akan diadakan di Sarawak hari ini bagi membantu menurunkan indeks pencemaran udara di negeri itu.
Kebakaran hutan yang turut berlaku di Sumatera pula menyebabkan kualiti udara di kawasan di sepanjang pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia turut terjejas.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
BACA: Jerebu: Lebih banyak sekolah ditutup di Sarawak
Topic Berkaitan
#Indeks Pencemaran Udara
#IPU
#jerebu
#jerebu merentas sempadan
#kebakaran hutan
#kualiti udara berbahaya
#Samarahan
#Sarikei
#sekolah tutup
#Sri Aman
#Yeo Bee Yin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan