Lebih 50 tahun berkarya, jenama ini bisa berbangga dengan logo bertinta “A”.
Etenna Aigner dilahirkan di Nove Zamky, Slovakia pada 1904. Selepas Perang Dunia Kedua, dia mula mereka cipta aksesori fesyen daripada kulit untuk golongan bangsawan Eropah. Selepas 1950, Aigner berhijrah ke New York dan membuka butik pertamanya di Manhattan sekitar 1959. Semangat dan kecintaan dalam seni pembuatan ‘item’ fesyen menjadi sumber inspirasi pada kemunculan Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2014/15 Aigner kali ini.
Yang pasti, tumpuan diberikan kepada hasil buatan tangan berkualiti tinggi, bertemankan rekaan dan perincian kemas, lantas digabung dengan daya tarikan tradisional yang cukup memikat hati.
Musim ini, Ketua Pereka Aigner, Christian Beck; menceduk ilham daripada warisan Maison di Munich yang digabung dengan cita rasa kontemporari, siluet elegan berpotongan tirus dengan sedikit sentuhan sensual. Jenama ini memilih material daripada combed yarn, sutera Duchesse, jersey lut sinar dan kulit lembut untuk memancarkan aura tersendiri.
Pilihan rona memihak kepada hitam, indigo, cognac, clay dan merah. Bagi pencinta aksesori dan aroma kulit, The Collection sajak buat anda. Studio Artigiano adalah statement of classic tailoring, menggabungkan perubahan dan tradisi. Setiap ciptaan tunggal daripada koleksi beg ini menceritakan asal-usul dan menyatukan reka bentuk padu, teknologi dan gaya moden digabung melalui kepakaran dan pengetahuan.
Astro Publication
Fri Oct 03 2014
Semangat dan kecintaan dalam seni pembuatan item fesyen menjadi sumber inspirasi pada kemunculan Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2014/15 Aigner kali ini.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Kuasa fesyen jenama "Aigner" 50 tahun
Semangat dan kecintaan dalam seni pembuatan item fesyen menjadi sumber inspirasi pada kemunculan Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2014/15 Aigner kali ini.