awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIBURAN
Helloween kembali gegar Kuala Lumpur sempena ulang tahun ke-40
MALAYSIA
Madu mengaku tidak bersalah ugut, simpan gambar lucah guru
MALAYSIA
Empat individu termasuk dua pemilik syarikat ditahan kemuka butir matan palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Keluarga setuju selesai secara baik insiden remaja OKU dipukul di Belaga - Polis

Bernama
Bernama
01/07/2025
13:25 MYT
Keluarga setuju selesai secara baik insiden remaja OKU dipukul di Belaga - Polis
Polis mengesahkan insiden tular membabitkan seorang remaja orang kurang upaya (OKU) yang dipukul sekumpulan remaja di Sungai Asap, Belaga baru-baru ini telah diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak. - Foto hiasan/BERNAMA
KAPIT: Polis mengesahkan insiden tular membabitkan seorang remaja orang kurang upaya (OKU) yang dipukul sekumpulan remaja di Sungai Asap, Belaga baru-baru ini telah diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.
Ketua Polis Daerah Belaga DSP Jimbai Bala berkata kejadian itu mula mendapat perhatian selepas satu rakaman video dan gambar memaparkan seorang remaja lelaki dipukul dimuat naik di laman Facebook pada 28 Jun.
"Pada hari yang sama, polis berjaya mengenal pasti kesemua lima remaja lelaki berusia antara 16 hingga 17 tahun yang disyaki terlibat dalam kes itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa yang berusia 16 tahun kemudian hadir bersama bapa kandungnya ke Pondok Polis Sungai Asap pada 29 Jun dan telah bertemu dengan kesemua suspek serta ahli keluarga mereka.
"Siasatan awal mendapati kejadian sebenar berlaku pada 10 Jun kerana mangsa didakwa pernah mengganggu sepupu seorang daripada suspek. Hasil perjumpaan antara keluarga kedua-dua pihak kemudian telah mencapai kata sepakat dan menyelesaikan perkara itu secara damai," katanya.
Jimbai berkata bapa mangsa turut membuat laporan polis bagi mengesahkan mengetahui kejadian berkenaan dan bersetuju untuk tidak mengambil tindakan lanjut setelah perkara itu diselesaikan secara baik.
"Lelaki itu turut memohon agar semua pihak tidak lagi menyebarkan video atau gambar anaknya di media sosial demi menjaga maruah serta privasi keluarga," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja OKU dipukul
#selesai secara baik
#Belaga
#insiden tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami