awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemajuan teknologi mampu tangani ancaman deepfake - Abang Johari
MALAYSIA
Bom lama 250 kilogram ditemui di tapak perumahan Bukit Goh
MALAYSIA
Polis tahan lima individu termasuk wanita asing, rampas dadah bernilai hampir RM3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Gangguan trafik sempena AMM ke-58, dijangka bermula Jumaat ini

Bernama
Bernama
01/07/2025
12:48 MYT
Gangguan trafik sempena AMM ke-58, dijangka bermula Jumaat ini
Gangguan trafik dijangka bermula seawal Jumaat ini dalam radius satu kilometer dari kawasan KLCC serta di sepanjang jalan utama dan lebuh raya yang menghubungkan pintu masuk utama ke ibu negara. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lokasi di ibu negara dijangka mengalami gangguan sempena penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan, yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 8 hingga 11 Julai ini.
Sekretariat Induk Logistik ASEAN, Kementerian Luar memaklumkan gangguan trafik dijangka bermula seawal Jumaat ini dalam radius satu kilometer dari kawasan KLCC serta di sepanjang jalan utama dan lebuh raya yang menghubungkan pintu masuk utama ke ibu negara.
"Maklumat lanjut mengenai laluan yang terjejas dan penutupan jalan tertentu akan dimaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat.
"Kementerian Luar memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul dan amat menghargai kefahaman serta kerjasama orang ramai," menurut sekretariat itu dalam satu kenyataan.
Sebagai tuan rumah bagi acara serantau yang penting, sekretariat itu memaklumkan Kementerian Luar komited memastikan penganjuran yang lancar dan berjaya, tanpa mengabaikan kesejahteraan rakyat.
Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN pada 1 Jan 2025 daripada Laos dengan tema Keterangkuman dan Kemampanan, yang mencerminkan aspirasi negara untuk membina ASEAN yang bersatu serta makmur.
Ini adalah kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN selepas memegang jawatan itu pada tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN
#AMM ke-58
#aliran trafik
#gangguan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami