JAKARTA: Sekurang-kurangnya 12 orang cedera apabila sebahagian kubah masjid di Sulawesi Selatan, Indonesia runtuh.
Masjid di daerah Ujung Tanah, Makassar yang dibina pada 1993 dilaporkan runtuh ketika ratusan jemaah termasuk kanak-kanak berkumpul untuk menunaikan solat Tarawih.
Datuk Bandar Makassar Danny Pomanto berkata mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital tentera, pusat kesihatan masyarakat Pattingalloang dan Hospital Akademis Jaury.
Beliau juga mengarahkan semua pihak berkuasa yang berkaitan memberi sokongan kepada mangsa yang cedera dan mengarahkan penutupan sementara masjid.
Siasatan sedang dijalankan dengan kerjasama jabatan kerja awam bandar untuk mengenal pasti punca kejadian, ketua polis Pelabuhan Makassar Yudi Frianto dipetik media sebagai berkata.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023
Masjid di daerah Ujung Tanah, Makassar yang dibina pada 1993 dilaporkan runtuh ketika ratusan jemaah termasuk kanak-kanak berkumpul untuk menunaikan solat Tarawih.- Foto FB Sri Nuradawiyah
Jemaah kedua meninggal di tanah suci, sakit jantung
Jemaah haji Malaysia kedua, Mohd Zahir Ismail, 58 tahun meninggal dunia akibat sakit jantung pada 29 Mei ketika Tawaf semasa melakukan umrah pertama selepas tiba ke Tanah Suci.
15 orang kehilangan nyawa akibat cuaca panas
: Sekurang-kurangnya 15 orang telah meninggal dunia disyaki akibat strok haba di beberapa negeri timur India iaitu Bihar dan Odisha pada Khamis.
Tahniah Mia Anis dan Hafizzudin
Tahniah Mia Anis dan Hafizzudin yang akan melangsungkan perkahwinan pada 1 Jun 2024.
Undangan perkhawinan Mia dan Hafiz berjaya mencuri perhatian warganet yang turut menitipkan ucapan.
Undangan perkhawinan Mia dan Hafiz berjaya mencuri perhatian warganet yang turut menitipkan ucapan.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM22 juta naik taraf Terminal Feri Ro-Ro Labuan
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM22 juta bagi kerja-kerja menaik taraf kemudahan sedia ada di Terminal Feri Roll-on Roll-off (Ro-Ro) di pulau bebas cukai ini.
Guru dinobat Unduk Ngadau Kaamatan 2024
Guru sekolah rendah, Hyellene Danius mewkili Unduk Ngadau Daerah Inanam berjaya dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Peringkat Kebangsaan 2024.
AWANI Borneo [31/05/2024] - Sebelum akhir Julai | Etnik, budaya & tarian | Gawai Dayak
AWANI Borneo 31 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
- PM tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai.
- Pesta Kaamatan meriah, KDCA dibanjiri pengunjung luar dan dalam negara.
- Alena Murang dan Velvet ajak semua 'Berjugit Betanda Menari'
- PM tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai.
- Pesta Kaamatan meriah, KDCA dibanjiri pengunjung luar dan dalam negara.
- Alena Murang dan Velvet ajak semua 'Berjugit Betanda Menari'
Alena & Velvet ajak anda 'berjugit' Gawai ini
Pemain sape Alena Murang dan penyanyi Velvet Aduk mengajak anda 'berjugit betanda' sempena kemeriahan sambutan pesta menuai kali ini. 'Berjugit Betanda Menari' lagu rancak yang disulamkan dengan rentak etnik ini adalah karya pertama dua duo ini yang turut dinyanyikan dalam bahasa Iban dan Dusun.
Masyarakat Dayak diseru utamakan pendidikan
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam perutusan Gawai berkata, Kerajaan Sarawak memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membolehkan rakyat negeri itu belajar dan menguasai ilmu terkini, termasuk berkaitan teknologi.
Prosiding RCI Batu Puteh: Tun Mahathir diarah hadir, tuntut dibuat secara terbuka
Dr Mahathir berkata, beliau menerima sapina untuk menghadirkan diri bagi memberi keterangan dalam prosiding itu pada Jumaat.
KDCA lokasi pamer kemeriahan pelbagai etnik dan budaya
Kemuncak sambutan Pesta Kaamatan menjadikan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) tempat tumpuan ribuan pengunjung dari seluruh pelusuk Sabah termasuk pelancong dari dalam dan luar negara.
Kubah masjid runtuh, 12 orang cedera di Sulawesi Indonesia
Sekurang-kurangnya 12 orang cedera apabila sebahagian kubah masjid di Sulawesi Selatan, Indonesia runtuh.