Pemantauan keselamatan di Kuching dipertingkatkan susulan serangan pengganas di Jakarta Khamis lepas, kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad.
Bagaimanapun, menurut Roslan keadaan di Kuching adalah selamat dan hasil risikan mendapati tidak ada tanda-tanda ancaman daripada pihak pengganas.
Oleh itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak panik dan boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa.
"Bagaimanapun pemantauan akan diteruskan tetapi saya tidak akan mendedahkan strategi pemantauan kami," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini, hari ini.
Sementara itu Roslan melahirkan kegembiraan beliau dengan perkhidmatan cemerlang angggota di bawah jagaan beliau kerana berjaya menurunkan kadar indeks jenayah di Kuching setiap tahun sejak tahun 2009.
"Statistik indeks jenayah IPD Kuching dari tahun 2009 hingga 2015 jelas menunjukkan penurunan indeks kita buat enam tahun berturut-turut.
Saya berharap pencapaian ini akan membakar semangat kita semua untuk terus berusaha dengan lebih gigih dan ikhlas untuk mencapai KPI (petunuk prestasi utama) tahun 2016 ini," katanya.
Katanya, statistik menunjukkan indeks jenayah bagi tahun 2009 di Kuching ialah sebanyak 5,653 kes tetapi menurun kepada 5,595 kes pada tahhun 2010.
Statistik terus menunjukkan penurunan kepada 5,039 kes pada tahun 2011, 4,385 kes pada tahun 2012, 2,707 kes pada tahun 2013, 2,208 kes pada tahun 2015 dan 1,805 kes pada tahun 2015.
Sehubungan itu, katanya semua anggota beruniform dan pegawai awam di IPD Kuching akan diberi sijil penghargaan atas kecemerlangan mereka, di samping orang awam yang memberi kerjasama kepada pihak polis dalam pembanterasan jenayah.
Bernama
Tue Jan 19 2016
ROSLAN: Keadaan di Kuching adalah selamat dan hasil risikan mendapati tidak ada tanda-tanda ancaman daripada pihak pengganas. -Gambar fail
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Indeks jenayah seluruh negara menurun 2.7 peratus untuk 2016
Kadar indeks jenayah seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Disember 2016 mencatatkan penurunan 2.7 peratus.