Tidak tahan dengan bau busuk yang didakwa datang dari kilang pemprosesan getah sejak lebih dua tahun lalu, sekumpulan penduduk mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap premis itu di Kampung Baru Sungai Buloh, di sini.
Walaupun aduan dan laporan polis telah dibuat, namun, penduduk terus terkesan dengan kilang getah berkenaan yang dikatakan menjejaskan kesihatan mereka.
Sehingga kini, penduduk sudah beberapa kali bertemu dengan pemilik kilang untuk menyelesaikan perkara berkenaan.
Malah, pemilik kilang berkenaan pernah berjanji untuk berpindah ke lokasi lain, namun, sehingga kini ia masih lagi beroperasi.
Wong Chang Heng, 51, adalah antara penduduk yang paling terkesan dengan kilang pemprosesan getah berkenaan, kerana rumahnya hanya bersebelahan dengan premis itu.
"Sekarang saya punya rumah ada dapat kesan daripada bahan kimia kilang pemprosesan getah ini, dulu lagi besar, sekarang kecil sedikit, tapi masih busuk , badan kita pun jadi tidak sihat. Jadi kami mohon pindahlah ke tempat lain," ujarnya.
Bagi Allon Chai, 61 pula, dia sudah lali dengan situasi itu dan mahu pihak berwajib mengambil tindakan segera.
"Bau getah sangat busuk. Lagi pula, bahan kimia yang dibawa menyebabkan baju saya kotor, malah kucing putih saya sampai jadi hitam kerana kilang ini," ujarnya lagi.
Malah, ibunya yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas dipercayai akibat bahan kimia daripada kilang berkenaan.
Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Wong Chong Ha, 61 tahun turut kecewa kerana salah seorang anaknya yang masih kecil mengalami masalah kesihatan yang teruk didakwa akibat pencemaran berkenaan.
"Anak saya selalu bau getah itu, dan dia tak tahanlah. Malah, hidung saya selalu berdarah dan sudah setahun lebih asyik jumpa doktor. Doktor cakap bau itu masuk rumah sebabkan kesihatan tidak baik," kata beliau.
Malah, kehidupannya tidak seperti orang lain kerana terpaksa menutup tingkap rumah sepanjang masa untuk menghalang bahan kimia masuk ke dalam kediaman.
"Rumah saya hari-hari saya tutup pintu, tingkap, langsung tidak buka. Malah, baju saya selalu kotor," tambahnya.
Kilang digesa pindah segera
Sementara itu, Ahli Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor berharap kilang memproses getah itu berpindah segera selepas melihat kesulitan yang terpaksa dilalui penduduk setiap hari.
"Saya akan bantu selesai masalah ini secepat mungkin. tadi dia kata nak pindah, dia beri kerjasama baik, itu bagus, tetapi berapa lama nak pindah sebab hari demi hari penduduk sengsara. Tadi saya masuk dalam kilang pun saya tak tahan bau busuk getah," katanya selepas melawat kawasan kilang berkenaan bersama pihak penduduk dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Beliau juga sedia membawa isu berkenaan ke sidang DUN jika ia masih berlarutan.
MBSA tunggu laporan penuh JAS
Sementara itu, MBSA masih menunggu laporan penuh Jabatan Alam Sekitar (MBSA) susulan aduan penduduk berkenaan.
Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perlesenan MBSA, Zawawi Md Isa menjelaskan, kilang itu sedia untuk berpindah ke lokasi lain, namun perlu menyelesaikan masalah yang timbul dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Kita tak boleh tutup macam tu, prosedur ada, baru boleh tutup. Namun, kita boleh arah bersihkan mesin dia untuk mengurangkan impak pencemaran bau. Isunya hanyalah bau. Jadi, kita kena bincang, mungkin syarikat itu nak pindah, atau sedang berusaha untuk mengurangkan bau menggunakan alternatif lain,"
Pada masa sama, ketika ini, MBSA telah mengarahkan kilang berkenaan hanya boleh beroperasi sehingga jam 6 petang bagi mengurangkan impak pencemaran berkenaan sebelum ia berpindah ke lokasi lain.
Rahimah Abdullah
Thu Jan 17 2019
Salah seekor kucing yang berkeliaran sekitar kilang pemprosesan getah di Kampung Baru Sungai Buloh. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.