awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
Hari Keselamatan Internet berlangsung di Tasik Titiwangsa hari ini
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuda dan beruang mati keracunan di Zoo Melaka

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2013
09:49 MYT
Kuda dan beruang mati keracunan di Zoo Melaka
Seekor kuda dan beruang matahari ditemui mati di Zoo Melaka dipercayai akibat perbuatan khianat pihak tidak bertanggungjawab.
Kedua-dua mamalia itu ditemui mati di dalam kandang masing-masing yang disedari oleh pengunjung.
Kuda berkenaan berusia 17 tahun manakala beruang matahari berumur diantara 14 hingga 16 tahun ditemui mati jam 5 petang, Ahad.
Menurut doktor veterinar, Zubaidah Kamarudin, hasil bedah siasat mendapati terdapat buah-buah dicemari racun di dalam perut binatang ini.
“Sampel makanan yang ditemui dalam perut kedua-dua haiwan berkenaan melalui bedah siasat dihantar ke jabatan kimia mengesahkan ada kewujudan racun,” kata Zubaidah.
Siasatan awal juga menemui pisang, limau dan tebu yang disapu cecair berwarna putih dipercayai racun di kandang monyet cimpanzi.
Bagaimanapun ia tidak dimakan haiwan berkenaan.
Pengurusan Zoo Melaka diswastakan sejak 1 Januari lalu di bawah kendalian Konsortium KKW Sdn Bhd.
Zoo berkenaan kemudian diberikan penjenamaan semula dan dikenali Zoo Melaka dan Safari Night.
Secara keseluruhan zoo ini mempunyai lebih 90 binatang dengan pelbagai spesies.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang melawat zoo berkenaan berkata perbuatan khianat terhadap binatang terbabit adalah satu perbuatan tidak beretika.
Menurutnya, tindakan tegas akan diambil selain pemasangan kamera litar tertutup dan pengunjung tidak lagi dibenarkan membawa makanan daripada luar.
Topic Berkaitan
#beruang
#Datuk Seri Mohd Ali Rustam
#keracunan
#kuda
#Night Safari
#Zoo Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan