Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran menziarahi Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada awal pagi Selasa.

Dalam kenyataannya di laman media sosial Facebook petang tadi, Kulasegaran mendoakan kesihatan Muhammad Adib yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) agar cepat sembuh.

“Melawat pegawai bomba Muhammad Adib Muhammad Kasim dan keluarganya di IJN sekarang. Saya mendoakan agar saudara Muhammad Adib sembuh dan sihat,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.


Dalam kejadian pada Isnin lepas, Muhammad Adib cedera parah manakala jentera dinaiki dirosakkan kumpulan perusuh.