KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) membelanjakan RM248.97 juta untuk melaksanakan khidmat luar (outsource) 93,495 pesakit jantung kepada Institut Jantung Negara Sdn Bhd (IJNSB) sejak Januari tahun ini hingga 31 Mei lepas.
KKM menerusi jawapan lisan di Dewan Negara yang dimuat naik dalam laman sesawang Parlimen berkata perbelanjaan rawatan itu melibatkan pesakit jantung daripada golongan kakitangan kerajaan, pesara Persekutuan dan juga pesakit kurang mampu.
"Bagi 2023, jumlah bilangan lawatan pesakit jantung di IJNSB adalah 233,885 dan perbelanjaan kerajaan dalam menanggung kos rawatan adalah RM606.52 juta," kata KKM dalam jawapan lisan bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Mustafa Musa yang ingin tahu jumlah pesakit jantung seluruh negara dan jumlah tanggungan kos ubatan, rawatan dan perkhidmatan pakar bagi tahun lepas dan tahun ini.
Tahun lepas KKM membelanjakan RM316 juta untuk menampung kos perolehan ubat-ubatan yang diperlukan bagi rawatan penyakit jantung manakala bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini RM130 juta.
KKM berkata berdasarkan Pusat Informasi Kesihatan (PIK) 259,259 pesakit jantung menerima rawatan pesakit dalam di hospital kerajaan seluruh negara pada 2023 dan 641,590 pesakit lagi menerima rawatan pesakit luar manakala 450,960 pesakit menerima rawatan di klinik kesihatan.
Sementara itu menjawab soalan Senator Dr A Lingeshwaran berhubung bilangan jururawat dan jururawat masyarakat yang meletak jawatan atau bersara dari 2014 hingga 2023, KKM berkata ia melibatkan 5,778 orang.
Ini meliputi jururawat Gred U29 (2,284 orang); Gred U32 (2,102 orang); Gred U36 (462 orang) dan Gred U41 hingga U54 (161 orang) manakala bagi jururawat masyarakat, ia merangkumi Gred U24 dan U26 (393 orang) dan Gred U19 (376 orang).
Persidangan Dewan Negara ditangguh petang ini dan akan disambung semula Isnin depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024
Tahun lepas KKM membelanjakan RM316 juta untuk menampung kos perolehan ubat-ubatan yang diperlukan bagi rawatan penyakit jantung manakala bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini RM130 juta. - Gambar fail/IJN
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Pemandu Myvi maut dalam kemalangan dua kenderaan
Mangsa yang memandu kereta Produa Myvi disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pihak bomba tiba.
Lebih 10,000 penyakit bawaan air dikesan di 6 negeri terjejas banjir - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 10,272 penyakit bawaan air di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak setakat semalam.
MA pukul doktor: KKM serah panel bebas, JKN Perak diarah siasat semula - Dr Dzulkefly
KKM menyerahkan kepada Pasukan Petugas Khas bebas untuk menyiasat secara menyeluruh berhubung kes pembantu pegawai perubatan memukul doktor yang berlaku di Hospital Gerik, Perak.
Banjir: Pengendali PPS diingat jaga kualiti makanan, elak keracunan - Dzulkefly
KKM mengingatkan pengendali pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa banjir supaya memastikan kualiti makanan terjaga bagi mengelakkan sebarang kes keracunan makanan akibat makanan tercemar.
KKM kaji sistem DRG kebangsaan tangani kenaikan kos perubatan - Lukanisman
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji pembangunan sistem kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) kebangsaan dalam perawatan hospital seluruh negara sebagai usaha menangani kenaikan kos perubatan.
SSPA: KKM adakan pertemuan dengan kesatuan jururawat esok
Pertemuan esok akan melibatkan lima kesatuan jururawat yang telah menyatakan kesediaan berkongsi pandangan berhubung pelaksanaan arahan baharu.
Satu lagi kes mpox dikesan di Malaysia - KKM
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia menjadikan jumlah kes mpox di Malaysia meningkat kepada dua kes tahun ini, menjadikan keseluruhan 11 kes sejak 26 Julai 2023.
Hospital Seri Iskandar beroperasi 11 Disember - Dr Dzulkefly
Hospital Seri Iskandar (HSI) yang akan mula beroperasi pada 11 Dis ini akan memperkukuh perkhidmatan kesihatan di daerah Perak Tengah.