KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam satu sebaran media sebentar tadi mengumumkan senarai Chef-de-Mission bagi lima temasya sukan sepanjang tahun ini.
Ia menyaksikan Presiden Persatuan Lawn Bowl Malaysia, Datuk Awalan Abdul Aziz, akan bertindak selaku ketua kontinjen bagi Sukan Komanwel di Glasgow pada Julai depan.
Advertisement
Dalam pada itu, Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan, pula akan mengetuai kontinjen negara ke Sukan Asia Aichi-Nagoya pada September depan.
Tumpuan turut terarah kepada penganjuran Sukan SEA Malaysia pada September depan di mana dua Naib Presiden MOM, Azizul Annuar Adenan dan Datuk Iruan Zulkefli, akan bergandingan sebagai CDM.
Terdahulu, bagi temasya Sukan Pantai di Sanya bulan depan, Presiden Persekutuan Wushu Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt, dipilih sebagai ketua kontinjen manakala bekas jaguh wushu negara, Wong Weng Son, akan mengetuai atlet remaja negara sebagai CDM Sukan Olimpik Remaja di Dakar, Senegal pada Oktober depan. -- Stadium Astro