Kumpulan anti-vaksin di negara ini diingatkan agar merujuk kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab dan tidak mudah terpengaruh dengan sesuatu perkara yang tiada asas, ujar Pengarah Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Shaikh Mohd Saifuddeen.
Pada masa sama, konsep tabayyun perlu diterapkan dalam diri umat Islam dengan tidak membuat kesimpulan mudah tanpa menyemak dan mengkaji perkara berkenaan.
"Kalau kita ragu dengan kandungan, kita rujuk dengan pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang ada maklumat mengenai fatwa.
"Bukan sekadar rujuk kepada sesuatu tanpa ada asas. Tabayyun itu penting, kita kena semak , jangan terima bulat-bulat apa yang kita percaya," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Seminar Vaksin dan Kesihatan dalam Perspektif Islam di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata, gerakan kumpulan anti-vaksin di negara ini sebagai perkara yang tidak sihat dan meletakkan masyarakat dalam keadaan yang merbahaya.
"Kita sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam konteks memanglah kumpulan Anti-vaksin akan kata ini adalah hak kami itu benar tetapi kalau kita lihat dari segi masalah keseluruhan apa yang mereka buat itu akan membawa kepada satu kemudaratan besar masyarakat dan negara," ujar beliau.
Pada masa sama, katanya, umat Islam perlu berhikmah dalam membuat keputusan dalam isu vaksin dengan tidak menjadikan media sosial sebagai rujukan tunggal.
"Kadang-kadang benda yang dikongsi itu bukan bersifat berautoriti sebab dalam Al-Quran pun kita kena selidik dulu berita yang kita terima dan bukan kita terima sebulat-bulatnya. Sekarang ini sharing is caring,dapat saja maklumat dalam FB terus kita tekan butang share tetapi apa yang berlaku ialah kita membawa masalah yang lebih besar," ujar beliau lagi.
Tambahnya, semua pihak perlu sedar bahawa dalam perubatan pengamal perubatan berpegang kepada bukti yang berasaskan perubatan dan bukan hanya testimoni.
Justeru, beliau mengingatkan mereka yang terpengaruh dengan gerakan anti-vaksin agar membuat keputusan yang lebih bijak mengenai isu vaksin.
"Dari segi Islam kita tahu bahawa vaksin ini adalah satu cara untuk mencegah penyakit. Dari segi hukumnya, memang kalau kita tengok fatwa yang ada kalau kita lihat ada keperluan darurah atau kandungannya daripada sumber-sumber yang haram, maka memang ia dibenar untuk digunakan. Kalau dalam keadaan kandungannya haram tetapi ada keperluan darurah ia juga jadi harus," kata beliau.
Bagaimanapun, katanya, tidak salah jika umat Islam cuba untuk mewujudkan tekanan kepada mana-mana pihak terlibat dalam usaha memenuhi tuntutan agama.
"Dalam konteks Islam, mereka perlu berusaha untuk mewujudkan satu permintaan, kalau ada keperluan-keperluan yang sumber vaksinnya halal, ada keperluan darurah atau mendesak, maka umat Islam sendiri kena wujudkan tekanan supaya syarikat-syarikat farmaseutikal mewujudkan vaksin halal ini," jelasnya lagi.
Umat Islam juga tidak boleh menyerahkan semata-mata kepada doktor perubatan namun, sebagai pengguna mereka boleh menggerakkan pelbagai alternatif yang diterima dari segi syariah.
"Walaupun kita tahu macam contoh vaksin haji yang digunakan bakal-bakal haji satu keperluan bagi mereka untuk menggunakan vaksin itu untuk masuk ke Arab Saudi , memang asalnya vaksin itu haram tetapi disebabkan darurah dibenarkan . Namun hari ini sebab adanya permintaan yang besar daripada populasi umat Islam terutamanya daripada nusantara Malaysia, Indonesia dan seumpamanya maka sudah ada syarikat laksanakan vaksin halal," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Thu Jul 28 2016
Semua pihak perlu sedar bahawa dalam perubatan pengamal perubatan berpegang kepada bukti yang berasaskan perubatan dan bukan hanya testimoni. - Gambar fail
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Diskusi meja bulat tekan keperluan perkasa strategi pengurangan kemudaratan kesihatan awam
Harm Reduction Action Network (HaRAN) dengan kerjasama Humanize Malaysia menganjurkan satu diskusi meja bulat yang memberi tumpuan kepada kepentingan memperluas usaha pengurangan kemudaratan.
Kumpulan anti-vaksin jangan rujuk sesuatu yang tiada asas
Kumpulan anti-vaksin diingatkan agar merujuk kepada pihak berkuasa dan tidak mudah terpengaruh dengan sesuatu perkara yang tiada asas.