awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat pulang

Israr Khalid
Israr Khalid
18/09/2016
07:27 MYT
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat pulang
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia bagi musim 1437H/2016M selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 11.20 pagi tadi. -Gambar fail
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia bagi musim 1437H/2016M selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 11.20 pagi tadi.
Mereka menaiki pesawat Saudi Arabia Airlines SV5644 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada 17 September jam 9 malam.
Ketibaan 442 jemaah kumpulan pertama yang terdiri daripada 196 lelaki dan 246 wanita itu disambut Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Badlisyah Abdul Ghani serta beberapa pegawai TH yang mengiringi.
Kata Badlisyah, beliau bersyukur urusan ibadah haji musim ini berjalan lancar dengan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku, sambil melahirkan penghargaan kepada pihak kerajaan Arab Saudi dan seluruh warga kerja TH.
Bagaimanapun, katanya, 12 jemaah haji meninggal dunia tahun ini dengan tiga daripadanya sempat menyelesaikan keseluruhan ibadat haji sementara sembilan lagi dilakukan badal (ganti) haji oleh kakitangan TH.
Pada masa sama, tambahnya, pihak TH turut mengedarkan borang maklum balas kepada semua jemaah dalam usaha menambah baik mutu perkhidmatan badan itu dari semasa ke semasa.
Kumpulan kedua dijangka tiba di tanah air jam 8:40 malam ini dan sebanyak 46 penerbangan secara keseluruhannya untuk membawa pulang kesemua 22,320 jemaah haji Malaysia yang berada di Tanah Suci.
Penerbangan akhir membawa pulang jemaah haji Malaysia pula dijangka tiba pada 15 Oktober ini.
Topic Berkaitan
#1437H/2016M
#jemaah haji Malaysia
#KLIA
#Kumpulan pertama
#Saudi Arabia Airlines
#SV5644
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan