awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan pertama kanak-kanak Gaza tiba di Itali untuk rawatan

Bernama
Bernama
31/01/2024
06:15 MYT
Kumpulan pertama kanak-kanak Gaza tiba di Itali untuk rawatan
Bilangan penduduk Gaza yang cedera sejak 7 Okt lepas telah melebihi 67,000 orang yang membuktikan kekejaman Israel. - Gambar fail/ Reuters
ROM: Kumpulan pertama seramai 11 kanak-kanak Palestin yang cedera tiba di sini dari Gaza diiringi anggota keluarga untuk menerima rawatan perubatan lanjut di hospital-hospital Itali, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Duta Palestin ke Itali, Abeer Odeh menekankan bahawa inisiatif kemanusiaan Itali dengan menyediakan rawatan kepada lebih seratus kanak-kanak Palestin, perlu saling dilengkapi dengan langkah-langkah berkesan dan pendirian politik yang jelas.
Ini termasuk mendesak Israel untuk menghentikan tindakannya terhadap rakyat Palestin dengan segera dan mengiktiraf negara Palestin.
Menurut duta itu, bilangan penduduk Gaza yang cedera sejak 7 Okt lepas telah melebihi 67,000 orang yang membuktikan kekejaman Israel.
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza mengakibatkan hanya 14 daripada 36 hospital berfungsi sebahagiannya, masing-masing sembilan di selatan manakala enam lagi di utara wilayah terkepung itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Itali
#Gaza
#mangsa perang
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan