awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
Greta Thunberg ditahan dalam protes di London, sokong mogok lapar Palestine Action
Rusia ‘tidak boleh sabotaj’ usaha diplomasi AS - Zelenskyy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari

Bernama
Bernama
23/12/2025
21:15 MYT
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang berjaya membawa tiga lelaki warga Indonesia yang terjatuh laut, ke Ibu Pejabat Maritim Negeri selepas ditemukan dan diselamatkan sebuah kapal. - Gambar ihsan APMM Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang berjaya membawa tiga lelaki warga Indonesia yang terjatuh laut, ke Ibu Pejabat Maritim Negeri selepas ditemukan dan diselamatkan sebuah kapal.
Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada Maritime Rescue Sub Coordinator Centre (MRSC) Langkawi kira-kira 9 malam, memaklumkan sebuah kapal tangki MT Orkim Harmony, telah menyelamatkan tiga mangsa berkenaan di Perairan Pulau Indah, Selangor.
"Laporan awal daripada nakhoda kapal berkenaan memaklumkan ketiga-tiga mangsa dipercayai keluar ke laut pada 20 Dis untuk aktiviti memancing, sebelum bot yang dinaiki terbalik akibat cuaca buruk pada hari sama.
"Mangsa dipercayai terapung di laut kira-kira dua hari sebelum ditemukan dan diselamatkan oleh kapal tangki dan hasil semakan mendapati, kesemua mangsa berusia antara 31 hingga 41 tahun itu berasal dari Dumai, Indonesia," katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Bagi tujuan pengambilan mangsa, Muhammad Suffi berkata, sebuah bot peronda Maritim negeri telah diatur gerak ke kawasan Anchorage Area untuk merapat ke kapal tanki berkenaan sebelum membawa ketiga-tiga mangsa.
Beliau memaklumkan, kesemua mangsa akan diambil rakaman keterangan sebelum diserahkan kepada pihak Konsulat Jenderal Republik Indonesia bagi urusan dokumentasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#tiga warga Indonesia
#terapung di laut
#Perairan Pulau Indah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan