KUALA LUMPUR:Stigma terhadap wanita dalam bidang Sains perlu ditangkis untuk memberikan persekitaran yang lebih kondusif, sekali gus meningkatkan penyertaan golongan itu dalam bidang berkenaan di peringkat global.
Pengerusi Rangkaian Saintis Muda-Akademi Sains Malaysia (YSN-ASM), Dr Chai Lay Ching berpandangan isu kesamarataan gender dalam bidang sains di Malaysia sudah semakin boleh diterima.
Bagaimanapun, Chai yang juga Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Universiti Malaya (UM) menambah di sebalik pelbagai kejayaan dan sumbangan wanita dalam bidang sains, masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk menghilangkan persepsi tersebut.
“Walaupun statistik daripada Kementerian Pengajian Tinggi pada 2015 menunjukkan sebanyak 48.6 peratus penyelidik di Malaysia adalah wanita, yang dilihat merupakan peratusan yang seimbang.
“(Namun), kesamarataan gender bukanlah hanya mengenai pembahagian yang adil sebaliknya melibatkan pelbagai dimensi mencakupi konsepnya.
“Secara umumnya, para saintis wanita masih menghadapi banyak cabaran dalam memajukan kerjaya mereka kerana konflik di tempat kerja dan peranan sebagai ibu,” katanya dalam satu kenyataan.
Chai berkata demikian sempena Hari Antarabangsa Wanita Dalam Sains yang disambut pada 11 Februari setiap tahun.
Sambutan kali keenam pada tahun ini akan diadakan di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara maya bertemakan ‘Menjangkaui Sempadan: Kesamarataan Dalam Sains Kepada Masyarakat’.
Setakat ini, kurang daripada 30 peratus penyelidik wanita di seluruh dunia.
Menurut data Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2014 hingga 2016, hanya sekitar 30 peratus pelajar wanita memilih bidang pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat pengajian tinggi.
Sementara di peringkat global, permohonan pelajar wanita khususnya bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) hanya sebanyak tiga peratus; Sains Hayat, Matematik dan Statistik (lima peratus); manakala Kejuruteraan, Pembuatan dan Pembinaan (lapan peratus).
Mengulas lanjut, Chai berkata salah satu perkara yang perlu diperhalusi sejak pandemik COVID-19 melanda dunia ialah bidang Sains.
Jelas beliau, masyarakat perlu memastikan bahawa kerajaan dan peluang kepada saintis wanita adalah dalam spektrum sama seperti peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki.
“Kita memerlukan para saintis, termasuk rakan sekerja lelaki untuk lebih aktif mendorong agenda sains wanita kerana sokongan dari seluruh komuniti sains sangat penting dalam mewujudkan persekitaran yang lebih baik bagi para saintis wanita.
“Kita memerlukan ramai lagi (dalam bidang Sains) dan pemimpin yang mampu memberikan inspirasi, motivasi dan juga impak kepada sistem,” ujarnya.
Hasimi Muhamad
Thu Feb 11 2021
Secara umumnya, para saintis wanita masih menghadapi banyak cabaran dalam memajukan kerjaya susulan konflik di tempat kerja dan peranan sebagai ibu, kata Chai. - Gambar hiasan
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Ketua PBB 'sangat bimbang' dengan serangan udara Israel yang berulang di Syria
Antonio Guterres mengecam sekeras-kerasnya "pelanggaran besar-besaran terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria baru-baru ini,".
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Malaysia kecam tindakan Israel, gesa campur tangan PBB dalam krisis Gaza
431 hari telah berlalu sejak serangan bermula, mengakibatkan lebih 44,000 kematian, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Malaysia ulangi komitmen sokongan padu terhadap Palestin, gesa gencatan senjata di Gaza dan Lubnan
Malaysia mengulangi komitmen berterusan dan sokongan padu terhadap perjuangan Palestin dan usaha damai yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penubuhan Pejabat UN-Habitat pengiktirafan PBB kepada Malaysia
Pejabat itu akan menjadi pusat tumpuan serantau yang berfungsi sebagai penghubung utama 58 negara kepada UN-Habitat dan rakan kongsinya.
100 negara sokong perjanjian hadkan pengeluaran barangan plastik
Sokongan itu bagaimanapun berdepan tentangan sengit daripada segelintir negara pengeluar minyak.
Israel sekat bantuan kemanusiaan ke utara Gaza
Gaza terus berdepan krisis kemanusiaan yang teruk, dengan penduduknya menghadapi ancaman kelaparan, penyakit, dan kematian.