awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
98 peratus bantuan wang ihsan berjaya diproses dalam tempoh kurang 14 hari - KP NADMA
AKPS patah cubaan bawa masuk 50 tan daging babi sejuk beku
LHDN sasar selesai bayaran balik lebihan cukai syarikat Tahun Taksiran 2023 pada suku pertama 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kurang satu peratus pelajar sekolah pernah mencuba dadah

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
13/11/2017
08:36 MYT
Kurang satu peratus pelajar sekolah pernah mencuba dadah
Sin Woon mendedahkan kurang daripada satu peratus pelajar sekolah di Malaysia pernah mencuba dadah. - Gambar fail.
Kementerian Pendidikan mendedahkan kurang daripada satu peratus pelajar sekolah di Malaysia pernah mencuba dadah.
Timbalan Menteri Pendidikan I Chong Sin Woon berkata, berdasarkan statistik kementerian itu, sehingga 31 Julai 2017, 1,410 pelajar atau 0.03 peratus daripada 4.7 juta pelajar sekolah pernah mencuba barang terlarang itu.
Bagaimanapun tegasnya, statistik itu hanya merujuk kepada pelajar yang pernah mencuba dadah.
"Golongan ini tidak dikategorikan sebagai penagih tegar. Mereka masih mengikuti sesi pembelajaran di sekolah," katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan daripada Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) yang ingin tahu tentang bilangan pelajar sekolah yang terlibat dengan aktiviti dadah dan apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi membendung perkara ini.
Tegas Sin Woon, kerajaan sentiasa komited dalam usaha membanteras gejala itu secara keseluruhannya, termasuk dalam kalangan pelajar di sekolah selain menjalinkan kerjasama dengan semua pihak berkaitan bagi menangani masalah tersebut.
Topic Berkaitan
#Chong Sin Woon
#Dadah
#Dewan Rakyat
#Kementerian Pendidikan
#kerajaan
#pelajar
#pelajar dadah
#pendidikan
#sekolah
#Timbalan Menteri Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan