Sehingga Jun tahun ini, kurang satu peratus atau hanya 258,192 orang daripada keseluruhan 30 juta rakyat negara ini berikrar untuk menderma organ.
Ia dilihat berpunca kerana takut, halangan agama, alasan jenazah terseksa, halangan keluarga, tidak tahu di mana untuk mendaftar selain tidak mendapat sokongan anggota kesihatan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Tan Sri Lee Lam Thye berkata,
daripada jumlah itu, 56 peratus daripadanya adalah wanita dan selebihnya lelaki.
"Jumlah yang berikrar untuk menderma kurang daripada satu peratus atau hanya kira-kira 0.8 peratus daripada rakyat negara ini. Ini cabaran utama jawatankuasa kami, bagaimana cara menarik lebih ramai rakyat untuk jadi pengikrar.
"Alasan untuk tidak mendaftar harus dijadikan hanya persepsi yang perlu dibuang segera, sebagai contoh, Muzakarah Jawatankuasa fatwa Kebangsaan juga sudah memutuskan hukum pemindahan organ adalah harus," katanya ketika ditemui di Astro AWANI di sini.
Sementara itu, Lam They berkata, bagi meningkatkan jumlah penderma organ, pihaknya akan melancarkan kempen secara besar-besaran bertemakan Satu Ikrar Sejuta Harapan tidak lama lagi di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
"Kita akan mendapatkan khidmat sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), organisasi dan individu dengan cara jalanan begini sekali gus pendekatan berbeza diadakan sebelum ini.
"Ini merupakan pendekatan terbaharu dan kita harapkan golongan belia terus memberi sokongan terhadap kempen ini," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, penduduk Selangor merupakan paling ramai yang berikrar untuk menderma organ.
Ia merupakan kira-kira 20.68 peratus atau 53,405 daripada jumlah keseluruhan 258,192 orang yang sudah mendaftar sebelum ini.
"Ia diikuti Wilayah Persekutuan (30,112), Johor (47,824), Pulau Pinang (32,805), Perak (28,333) dan Negeri Sembilan (11,220).
"Kita harap angka ini semakin meningkat, perangkaan ini harus menunjukkan perkembangan positif dari bulan ke bulan," jelasnya.
Dalam pada itu kata Lam Thye, sejak 1976, hanya 466 orang yang berikrar menderma organ berjaya merealisasikan ikrar dan 'memberi' organ kepada orang lain selepas mereka meninggal dunia.
"Mereka yang menunggu untuk buah pinggang sahaja kini mencecah 18,000 orang, itu tidak termasuk organ-organ lain yang kini berjumlah kira-kira 26,000 orang," jelasnya.
Lam Thye menjelaskan, jumlah pengikrar daripada masyarakat Melayu menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun.
"Dari hanya 1,658 orang pada tahun 2005 ia kini meningkat kepada 59,821 pada Jun tahun ini," katanya.
Bagaimanapun ujarnya, statistik terkini masih menunjukkan masyarakat Cina merupakan pengikrar derma organ tertinggi iaitu seramai 128,885 diikuti 60,488 (India), 8,903 (lain-lain) dan 65 (tidak dinyatakan status).
Wan Syamsul Amly
Sun Aug 03 2014
LEE: Kurang satu peratus rakyat Malaysia ikrar derma organ - Gambar fail
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.
Anak angkat sejak bayi, hubungan dengan keluarga asal lain agama tetap erat
Ini adalah kali kedua dia datang ke Tanah Suci di mana sebelum ini dia dan suami menunaikan umrah.
Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Tahun Naga 2024: Mereka yang dilahirkan pada tahun babi paling bertuah tahun ini!
Menurut Pakar Feng Shui, Kenny Hoo, tahun naga dengan elemen kayu pada tahun ini turut membawa tuah dan peluang luar biasa khususnya bagi mereka yang dilahirkan dalam tahun babi.
Sekolah vernakular kini medium perpaduan, bukan lagi pemisahan - Menteri Perpaduan
Sekolah vernakular dilihat memberi manfaat khususnya kepada orang Melayu dan Bumiputera yang kini semakin ramai boleh berbahasa Mandarin dan Tamil.
Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi
Katanya, parti politik seperti Pas dan Bersatu adalah parti orang Melayu, maka pastinya isu sebegitu menjadi topik perbincangan.
Perpecahan undi Melayu semakin ketara - Khairy
Menurutnya, situasi itu berbeza dengan undi orang Cina yang dilihat lebih memihak kepada satu parti.
Pertama kali bawa suami rai Tahun Baharu Cina selepas 20 tahun perkenalan
Berawal dengan perkenalan pertama pada tahun 2003, Chong Li Yen tidak pernah terfikir bertemu akan jodoh dengan seorang lelaki beragama Islam.
Variasi genom Malaysia sesuai sebagai tapak ujian klinikal yang unggul - Khairy
Variasi genom Malaysia daripada populasinya yang pelbagai menawarkan tapak terbaik dan paling sesuai untuk penyelidikan ujian klinikal.