Amalan rasuah boleh dibendung secara drastik sekiranya karenah birokrasi dikurangkan, termasuk yang melibatkan kelulusan pelbagai projek, kata Tan Sri Ramon Navaratnam.
Menurut Pengerusi Pusat Pengajian Dasar Awam, Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) itu, karenah birokrasi yang tidak perlu merupakan punca utama rasuah.
Lebih banyak karenah birokrasi wujud, lebih ramai orang memberi rasuah bagi mengatasi masalah tersebut, katanya.
“Penerima rasuah juga gemar memperkenalkan lebih banyak karenah birokrasi bagi mendapatkan lebih banyak rasuah.
"Kedua-dua pihak saling mendapat keuntungan, maka rasuah semakin berleluasa dan kini menjadi sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
"Ketahanan ekonomi dan kestabilan sosial tidak dapat dikekalkan jika tiada langkah drastik diambil untuk menghapuskan rasuah, sementara kecekapan dalam sektor awam dan perniagaan harus digalakkan," kata Ramon.
Pada Isnin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata di Cyberjaya, kerajaan akan terus mengurangkan birokrasi, seperti jumlah kelulusan untuk projek yang bakal dilaksanakan.
Sehubungan itu, Ramon yang juga bekas presiden Transparency Malaysia dan bekas penasihat kehormat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyarankan agar kerajaan mengurangkan saiz perkhidmatan awam dalam usaha mengurangkan karenah birokrasi.
Langkah ini katanya sekali gus dapat mempercepatkan kelulusan dalam urusan perniagaan dan memberikan lebih banyak ruang kepada sektor swasta dan perniagaan untuk bersaing.
Astro Awani
Wed Dec 19 2018
Ramon menyarankan agar kerajaan mengurangkan saiz perkhidmatan awam dalam usaha mengurangkan karenah birokrasi. - Gambar fail
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Masalah politik di Libya sukarkan bantuan kemanusiaan dihantar - Mercy Malaysia
Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus menjelaskan kemelut politik di Libya itu membuatkan keadaan bertambah teruk.
KPDN tangani isu birokrasi dalam proses permohonan syarikat perniagaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan menangani isu birokrasi dalam proses permohonan syarikat tempatan dan antarabangsa untuk menjalankan aktiviti perniagaan di Malaysia.
Jangan biarkan karenah birokrasi sabotaj pembangunan Sabah - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, karenah birokrasi tersebut mengakibatkan banyak projek pembangunan tertangguh.
Perlu ada kesungguhan untuk modenkan sektor pertanian, penternakan
Cabaran terbesar adalah kerenah birokrasi untuk menerapkan teknologi terkini dalam sektor tersebut.
Kurangkan birokrasi pemberian bantuan banjir - Noh Omar
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar meminta agar prosedur pengesahan pemberian bantuan banjir dapat dikurangkan, bagi mengatasi masalah kelewatan pemberian bantuan itu kepada ma
'Kerenah birokrasi sangat teruk'
Keperluan dokumen seperti laporan polis dan gambar banjir sangat menyusahkan mangsa yang ketika ini bertungkus lumus membersihkan rumah.
Hentikan birokrasi, mudahkan rakyat bertemu pemimpin
Sebelum ini kalau sesuatu permohonan itu harus dilakukan melalui, kena dapatkan surat sokongan daripada ketua kampung, daripada penghulu.
Moratorium: Sedarlah BNM, andaian 'on paper' tidak sama dengan realiti - Shahril
Alasan yang menyatakan kononnya operasi bank akan terjejas apabila melaksanakan moratorium automatik, tidak boleh diterima akal.
Tidak perlu lanjutkan darurat: Ini 7 perkara disepakati Raja-Raja Pemerintah
Perkara itu dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan pasca pertemuan itu.
Kesalinghubungan internet: Saifuddin harap kerajaan negeri kurangkan birokrasi
Kerenah birokrasi seboleh-bolehnya harus dibuang bagi membantu usaha kerajaan mempercepatkan lagi capaian atau kesalinghubungan internet dalam negara yang kini menjadi kemudahan penting.