awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kursus penjagaan kanak-kanak, orang tua bermula awal tahun depan

Sinar Harian
Sinar Harian
19/09/2023
05:33 MYT
Kursus penjagaan kanak-kanak, orang tua bermula awal tahun depan
Nancy ketika sesi penerangan JPKK kepada media di Parlimen pada Selasa. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kursus penjagaan kanak-kanak dan warga emas dijangka bermula awal tahun hadapan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata, kementeriannya komited dalam memastikan rancangan tersebut dapat direalisasikan bagi menoktahkan dilema kekurangan individu yang berkemahiran untuk membantu golongan yang memerlukan.
Menurutnya, kursus tersebut bakal ditempatkan di bawah Institut Sosial Malaysia (ISM) dan terbuka kepada mana-mana pihak yang berminat untuk meningkatkan kemahiran mereka.
"Kita telah minta perkara ini dimasukkan dalam peruntukan bajet dan berharap latihan ini dapat dimulakan awal tahun depan.
"Sekarang ini, mereka yang menjaga orang memerlukan, iaitu termasuk kanak-kanak dan orang dewasa, adalah orang yang sanggup untuk mendapat gaji tapi tiada kemahiran. Jadi kita mahu mereka diberikan latihan.
"Jadi insya-ALLAH kita akan lambakkan orang yang berminat untuk menjaga kanak-kanak atau orang tua supaya tidak ada lagi masalah di Malaysia ni, susah untuk mendapatkan orang menjadi penjaga kepada golongan tersebut," katanya dalam sesi penerangan media berkaitan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) di Parlimen pada Selasa.
JPKK ditubuhkan berkuat kuasa 1 September bagi menggantikan Bahagian Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dalam pada itu, Nancy berkata, bagi meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan, kompetensi pegawai kes perlu dipertingkatkan, maka latihan kemahiran pegawai JPKK terlibat dimulakan secara berperingkat.
"Perancangan latihan yang komprehensif dan berstruktur akan disediakan bagi memastikan semua pegawai kes kompeten dalam menguruskan pengendalian kes kanak-kanak melalui pembangunan modul dan pelaksanaan latihan melalui pensijilan profesional," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#Nancy Shukri
#Kursus penjagaan kanak-kanak dan warga emas
#Institut Sosial Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan