awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kurung, pukul kekasih, tukang kasut didenda RM6,000

Bernama
Bernama
01/07/2021
12:52 MYT
Kurung, pukul kekasih, tukang kasut didenda RM6,000
Yee Lee Shong, 48, dituduh mengurung dan mencederakan wanita berusia 40 tahun itu di sebuah rumah di Taman Daya Kepong, dekat sini antara 7 Jun dan 12 Jun lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang tukang kasut didenda RM6,000 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini selepas mengaku bersalah mengurung kekasihnya selama enam hari dan mencederakan wanita itu dengan memukul dan merantai kedua-dua belah kakinya di dalam sebuah bilik, bulan lepas.
Yee Lee Shong, 48, dituduh mengurung dan mencederakan wanita berusia 40 tahun itu di sebuah rumah di Taman Daya Kepong, dekat sini antara 7 Jun dan 12 Jun lepas.
Bagi kesalahan mengurung, Majistret Nik Fadli Nik Azlan mengenakan denda RM5,000 atau penjara enam bulan terhadap Yee manakala denda RM1,000 atau penjara dua bulan bagi kesalahan mencederakan.
Ketika rayuan, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) M. Mariappan yang mewakili Yee, memohon denda minimum atas alasan pendapatan anak guamnya tidak menentu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini.
"Tertuduh hanya bekerja sebagai tukang kasut terpakai dan dia bergaduh dengan mangsa iaitu teman wanitanya kerana mangsa tidak pulang ke rumah," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana mangsa telah dikurung selama enam hari selain mengalami kecederaan dan digari menggunakan rantai basikal.
Mengikut fakta kes, pada 7 Jun lepas, semasa mangsa berada di rumah tertuduh, berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum tertuduh bertindak memukul dan mengurung wanita itu di dalam bilik selain merantai kedua-dua belah kakinya.
Pada 12 Jun, mangsa berjaya melepaskan diri dengan bantuan jirannya dan terus membuat laporan polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selayang
#Mahkamah Majistret
#kurung kekasih
#cederakan kekasih
#rantai
#rantai kaki
#tukang kasut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan