KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mempunyai beberapa langkah bagi menangani risiko tunggakan kos perubatan bagi pesakit warga asing antaranya termasuklah mengutip deposit mengikut kelas wad sebelum rawatan diberikan.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata deposit sebanyak RM2,800 dikenakan kepada warga asing bagi prosedur pembedahan kelas tiga manakala RM11,000 bagi kelas satu.
Beliau berkata antara langkah lain, mengadakan perjanjian jaminan bank dengan syarikat swasta bagi membolehkan pekerja mendapatkan rawatan di hospital, bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi mewajibkan majikan mencarum Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing.
"Serta bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu membantu membiayai kos pesakit warga asing," katanya ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KKM di Dewan Rakyat, hari ini.
Lukanisman memaklumkan sebanyak RM40.08 juta jumlah tunggakan direkodkan tahun lepas yang tidak dijelaskan oleh warga asing.
Berhubung statistik pegawai perubatan siswazah (HO) yang tidak menamatkan latihan, beliau berkata berdasarkan rekod sejak 2021 hingga 2023, sebanyak 1,059 pegawai perubatan siswazah telah meletak jawatan.
"Dalam tempoh sama, KKM telah menerima 355 permohonan dan rayuan pelantikan semula daripada pegawai yang telah meletak jawatan untuk dilantik sebagai HO," katanya.
Beliau berkata bagi aduan berkaitan kes buli dalam kalangan petugas, KKM telah melancarkan Sistem MyHELP pada 1 Okt 2022, dengan jumlah aduan direkodkan sebanyak 259 setakat 29 Feb lepas.
Daripada jumlah itu, 52 aduan dikemukakan pegawai perubatan dengan enam aduan yang diterima mempunyai aduan berunsur buli dan kini dalam peringkat siasatan untuk pengesahan dan pembuktian, katanya.
Beliau berkata baki 46 aduan lagi melibatkan aduan pelbagai seperti isu perkhidmatan, permohonan naik pangkat, pertukaran dan lain-lain.
Sementara itu, mengenai pelaksanaan projek menaik taraf dan pembangunan semula klinik kesihatan daif, Lukanisman berkata ia dilaksanakan secara adil di seluruh negara.
Beliau berkata KKM tidak membezakan keperluan menaik taraf klinik kesihatan di kawasan Parlimen kerajaan mahupun pembangkang kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.
"Menerusi peruntukan RM150 juta untuk tahun ini, sebanyak 401 projek akan dilaksanakan merangkumi kerja-kerja meroboh dan membina baharu membabitkan 81 KK (klinik kesihatan) dan pembaikan pula meliputi 320 klinik daif.
"Saya beri jaminan bahawa taburan kesemua klinik ini tidak kira Parlimen kerajaan, pembangkang atau Bebas, saya pasti setiap kawasan Parlimen mempunyai projek tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Sibuti Datuk Lukanisman Awang Sauni pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
Kutip deposit antara langkah tangani tunggakan kos perubatan warga asing
Kementerian Kesihatan mempunyai beberapa langkah bagi menangani risiko tunggakan kos perubatan bagi pesakit warga asing.