CYBERJAYA: Kutipan cukai tahun ini menunjukkan trend positif dengan kutipan harian mencatatkan 20 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Mohd Nizom Sairi.
Beliau berkata sekiranya trend positif ini kekal LHDN mampu mencapai sasaran kutipan hasil berjumlah RM176.1 bilion tahun ini atau melepasi sasaran tersebut.
"Kita berada pada tahap yang sangat memberangsangkan. Terima kasih kepada pembayar cukai yang terus mengekalkan tahap pematuhan yang baik," katanya kepada media pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong, di sini, hari ini.
Mengenai sama ada kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus akan menjejaskan kutipan cukai, Mohd Nizom berkata ia kemungkinan akan memberi kesan secara tidak langsung namun tidak serta-merta.
"Mungkin (ada kesan) secara tidak langsung tetapi tidak secara immediate (serta-merta)," katanya.
Pada 3 Mei lepas, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus.
Tahun lepas, LHDN mencipta sejarah meraih kutipan cukai langsung tertinggi negara sebanyak RM175.4 bilion atau peningkatan 21.75 peratus berbanding 2021.
Mohd Nizom berkata pendekatan A.E.S (awareness-kesedaran, education-pendidikan dan services-perkhidmatan) yang diperkenalkan LHDN akan diperkemaskan bagi memartabatkan cukai sebagai aset negara secara berterusan demi mempertingkatkan kepercayaan rakyat.
Beliau berkata antara hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan adalah sekiranya pendapatan negara daripada sumber cukai langsung terus meningkat, kerajaan mampu memulangkan manfaatnya kepada rakyat.
"Sudah pasti pelbagai agenda bermanfaat untuk rakyat akan dapat direalisasikan. Taraf kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat akan dapat turut diperhebat melalui pelbagai projek pembangunan hasil daripada sumber pendapatan negara yang mencukupi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023

Kutipan cukai tahun ini menunjukkan trend positif dengan kutipan harian mencatatkan 20 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas. - Gambar fail/BERNAMA

Agong berkenan berangkat ke LIMA'25
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA' 25) hari ini.

Pickleball jadi pilihan Ikon Sukan Negara kembali ke gelanggang
Chan Peng Soon dan Mirnawan kini aktif dalam sukan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Di ambang kemuliaan atau kehancuran: Liga Europa jadi penentu nasib United
Satu-satunya laluan kejuaraan yang masih terbuka buat skuad kendalian Ruben Amorim, menamatkan kempen dengan menjulang trofi Liga Europa UEFA.
AS-Malaysia kukuh kerjasama pertahanan serantau
Amerika Syarikat dan Malaysia terus memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan demi menghadapi cabaran keselamatan serantau dan menjamin kestabilan Indo-Pasifik.
AWANI Ringkas: Konflik Gajah - Manusia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel sedia serang nuklear Iran - Laporan
Israel sedia serang nuklear Iran - Laporan
LIMA'25: hari kedua tingkat keterujaan orang awam
Penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2025 memasuki hari ke-2 hari ini dimana pelbagai lagi acara akan diadakan sehingga 24 Mei ini.
Perkembangan terkini, kita bersama wakil Astro Awani Kedah, Abd Hadi Che Awang di Langkawi, silakan Hadi.
Perkembangan terkini, kita bersama wakil Astro Awani Kedah, Abd Hadi Che Awang di Langkawi, silakan Hadi.
Cabaran 40 hari bersama rakan sebilik
Cabaran 40 hari bersama rakan sebilik

Dr Ravigadevi saintis pertama Malaysia dipilih sebagai Fellow Royal Society
Pemilihan Dr Ravigadevi Sambamhamutthi sebagai Fellow Royal Society pertama Malaysia adalah detik kebanggaan untuk negara.

Jualan automotif dijangka reda tahun ini selepas paras rekod pada 2024 - HLIB
HLIB menjangkakan jumlah jualan atau keseluruhan industri (TIV) sektor automotif bagi 2025 akan mereda ke tahap 750,000 unit.

Rafizi persoal keupayaan Kelantan kutip cukai sendiri
Dakwaan kerajaan Persekutuan menganaktirikan negeri-negeri pembangkang seperti Kelantan termasuk dalam soal pengagihan hasil kutipan cukai merupakan naratif berulang dimainkan oleh Pas dan PN.

Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa
Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang tumpas baru-baru ini dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak benar bagi mengelirukan pihak berkuasa negara ini.

Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas, negara rugi RM8 juta dalam bentuk kutipan cukai
14 individu termasuk enam pegawai kastam ditahan kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut.

Pelarasan gaji penjawat awam, LHDN jangka pembayar cukai bertambah
LHDN menjangkakan pembayar cukai dalam kalangan penjawat awam meningkat susulan pengumuman pelarasan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lepas.

Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini
Pulau Pinang akan membawa cadangan pemulangan 20 peratus wang cukai yang dikutip Kerajaan Persekutuan daripada negeri ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Julai depan.

Pulau Pinang mohon kaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri
Pulau Pinang memohon Kerajaan Persekutuan mengkaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri dengan mengembalikan 20 peratus daripada wang cukai yang dikutip daripada negeri berkenaan.

Malaysia perlu sasaran hasil yang tepat - Bank Dunia
Kutipan cukai Malaysia telah menurun sejak beberapa tahun, mendorong kerajaan untuk memperkenalkan pelbagai langkah bagi meningkatkan hasil.

LHDN, JKDM lepasi sasaran kutipan cukai - PM
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) berjaya melepasi sasaran kutipan hasil negara.

Kutipan cukai Program Pengakuan Sukarela 2.0 cecah RM128.85 juta
Jumlah kutipan cukai daripada Program Khas Pengakuan Sukarela mencecah RM128.85 juta setakat 31 Okt, 2023.

LHDN jangka sasaran kutipan cukai RM185 bilion dapat dicapai
LHDN dijangka mampu mencapai sasaran kutipan cukai berjumlah RM185.02 bilion untuk 2023.