awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Penipuan pelaburan saham: Pengurus syarikat swasta rugi lebih RM1.7 juta
DUNIA
Rumah, jalan musnah akibat banjir kilat di West Virginia, enam terbunuh
DUNIA
21 negara Arab, Islam kecam serangan udara Israel ke atas Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Kutipan hasil Pahang cecah lebih RM400 juta

Bernama
Bernama
16/05/2025
20:15 MYT
Kutipan hasil Pahang cecah lebih RM400 juta
Wan Rosdy berucap pada Program FGV Seikhlas Hati - Majlis Sumbangan Kumpulan FGV bersama Menteri Besar Pahang di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Sungai Koyan, Lipis, 16 Mei 2025. --fotoBERNAMA
KUALA LIPIS: Kutipan hasil negeri Pahang mencecah lebih RM400 juta setakat ini, sekali gus berada di landasan yang betul untuk mencatat kutipan lebih RM1 bilion seperti tahun sebelumnya.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata jika dibandingkan dengan tempoh sama pada tahun lepas, prestasi kutipan hasil negeri pada tahun ini dilihat lebih baik.
"Kutipan hasil ini dapat dicapai kerana kita berupaya menguruskan ketirisan dan kebocoran selain anak-anak syarikat kerajaan negeri berjaya mencatat keuntungan," katanya pada sidang media selepas Program FGV Seikhlas Hati: Majlis Sumbangan FGV bersama Menteri Besar Pahang di Masjid Sultan Ahmad Shah di Sungai Koyan di sini petang semalam.
Pada program berkenaan, FGV menyalurkan bantuan RM169,000 daripada zakat wakalah perniagaan kepada 300 penerima asnaf, iaitu setiap individu menerima wang tunai RM500 dan hamper barangan SAJI bernilai RM30.
Di samping itu, Masjid Sultan Ahmad Shah di Sungai Koyan turut menerima sumbangan berjumlah RM10,000.
Wan Rosdy berkata antara resipi kejayaan itu adalah kerjasama erat yang dipamerkan oleh semua pihak meliputi pemimpin, penjawat awam dan agensi kerajaan dalam usaha memajukan negeri Pahang.
"Saya sangat berpuas hati dengan apa yang dicapai, ia bukan usaha saya seorang tetapi usaha semua pihak seperti satu pasukan dan kita bekerja juga dalam suasana kekeluargaan," katanya.
Mengulas mengenai kerjasama baharu kerajaan negeri bersama FGV yang akan dilakukan pada masa hadapan, beliau mengakui pelbagai perancangan sedang dilaksanakan dan ia tidak boleh diumumkan sebelum dimuktamadkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FGV
#Wan Rosdy Wan Ismail
#Pahang
#hasil
#zakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami