KUALA LUMPUR:Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menunjukkan prestasi yang memberangsangkan pada tahun lepas apabila kutipan zakat meningkat sebanyak 11 peratus iaitu RM768 juta berbanding RM537 juta pada 2019.
Ketua Pengawai Eksekutifnya Ahmad Shukri Yusoff berkata zakat yang diterima oleh PPZ-MAIWP itu telah diagihkan kepada golongan memerlukan dengan jumlah agihan sebanyak RM707,968,418 melalui skim yang disediakan oleh pusat zakat.
"Antaranya skim pendidikan, pengguna asnaf dan tujuan kecemasan, melalui skim itu, MAIWP telah memperuntukkan RM412 juta iaitu lebih kurang RM34 juta sebulan," katanya dalam siaran langsung menerusi Facebook Pusat Pungutan Zakat pada Rabu.
Ahmad Shukri berkata PPZ juga menyediakan beberapa manfaat yang diperoleh pembayar zakat seperti rebat cukai, skim khairat kematian dan skim wakalah zakat.
"Skim wakalah zakat merupakan skim yang membolehkan pembayar zakat mempunyai ruang untuk mengagihkan wang zakat kepada asnaf yang dipilih serta bagi pembayar zakat yang meninggal dunia, waris akan menerima wang sebanyak RM3,000 melalui skim khairat kematian," katanya.
Sementara itu, PPZ juga ada menyediakan inisiatif lain yang dapat membantu golongan yang memerlukan seperti projek usrah saedah PPZ, projek lori rezeki khaira PPZ, musaidah khaira PPZ dan misi pascabanjir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 17 2021

PPZ juga menyediakan beberapa manfaat yang diperoleh pembayar zakat seperti rebat cukai, skim khairat kematian dan skim wakalah zakat. - Bernama

Penat dengan politik Bollywood punca Priyanka Chopra bawa diri
Chopra Jonas menyifatkan kehadirannya dalam industri Bollywood seolah ditolak ke satu sudut ketika itu.

Armada kecam tindakan laman FB Kelab Peminat Kartunis Zunar
Armada mengecam tindakan pemilik laman Facebook Zunar Cartoonist Fan Club yang dilaporkan mencemar kesyumulan Islam.

KPM rangka pelan tangani isu guru bersara awal
Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui guru bersara awal adalah satu isu yang tidak boleh dipandang remeh.

Lawatan rasmi buka lembaran hubungan strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi ke China hari ini sehingga 1 April ini. Lawatan rasmi ini bakal membuka lembaran baharu dalam mengukuhkan hubungan strategik antara Kuala Lumpur dan Beijing ke arah yang lebih komprehensif. Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad kini berada di Beijing untuk membawakan perkembangan terperinci jadual padat Perdana Menteri di China.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah, saingan kepada bazar biasa

Presiden UMNO sahkan Ketua Menteri Melaka letak jawatan
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah jadi tumpuan

Harga siling ayam dan telur diputuskan Khamis
Kerajaan berkemungkinan akan mengumumkan harga siling bagi bekalan ayam dan telur menjelang perayaan Aidilfitri esok sementara menantikan perbincangan dua kementerian pada Rabu.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat Ketua Menteri baharu
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.

Tunggu pengumuman rasmi sikit masa lagi - Ab Rauf
Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh meminta semua pihak bersabar dan menunggu pengumuman rasmi berhubung desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka, Jumaat ini.

Pusat zakat, Baitulmal perlu lebih aktif kesan golongan miskin bandar
Pusat pungutan zakat dan Baitulmal perlu memainkan peranan lebih aktif dalam membantu mengesan individu yang memerlukan, sekali gus mengurangkan golongan miskin bandar di negara ini.

Banjir: Guna kutipan zakat, tabung masjid bantu mangsa - Pakar kajian sosial
Pusat pungutan zakat dan jawatankuasa masjid digesa untuk bergerak proaktif dalam menghulurkan sumbangan kepada masyarakat yang terkesan akibat banjir.

Takaful Ikhlas serah zakat perniagaaan kepada PPZ-MAIWP
Takaful IKHLAS yakin pembayaran zakat kepada PPZ-MAIWP dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

PPZ-MAIWP lancar kempen potongan zakat bulanan
PPZ-MAIWP melancarkan kempen pembayaran zakat pendapatan melalui Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) bagi meningkatkan kesedaran umat Islam mengenai kewajipan membayar zakat.

PPZ-MAIWP sasar kutipan RM800 juta, 500,000 pembayar tahun ini
PPZ-MAIWP juga menyasarkan peningkatan pembayar zakat kepada sekurang-kurangnya 500,000 tahun ini, berbanding 300,000 pada tahun lalu.

Kutipan zakat 2020 PPZ-MAIWP meningkat kepada RM768 juta
PPZ juga menyediakan beberapa manfaat yang diperoleh pembayar zakat seperti rebat cukai, skim khairat kematian dan skim wakalah zakat.

Tak viral, tak dapat bantuan? 'Log out' dan lihat sekeliling - Dr Zulkifli
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan khalayak agar tidak hanya melihat satu perkara seperti yang dipaparkan di media sosial sahaja.

PKP: 10 kaunter PPZ-MAIWP dibuka seperti biasa
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) memaklumkan 10 kaunternya beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 26 Jan depan.

PPZ-MAIWP sasar kutipan zakat 2020 lebih RM700 juta
Keyakinan itu berdasarkan kepada jumlah kutipan zakat PPZ-MAIWP setakat ini yang melebihi RM690 juta, berbanding RM682.2 juta pada 2019.

Nasib To'ki terbela, dapat bantuan rumah serta komputer riba
Selepas ini, To'ki tidak perlu lagi berteduh di pondok serba daif di pinggir hutan.