KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan berunding dengan peniaga ayam di premis kementerian dan pihak berkuasa tempatan bagi mengurangkan masalah peniaga terbabit sekali gus membolehkan mereka menjual ayam pada harga lebih rendah daripada harga siling.
Menteri berkenaan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata rundingan itu melibatkan peniaga di premis kementerian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.
"Harga siling ayam sekarang RM9.40 tetapi di negeri lain, ayam (secara purata) dijual lebih rendah daripada harga siling misalnya di Perlis RM9.04, paling rendah di Pahang RM8.95," katanya kepada pemberita selepas meninjau program Jualan Rakyat [email protected] di Perumahan Awam (PA) Sri Johor hari ini.
Beliau berkata langkah itu merupakan antara pendekatan yang dicadang diambil kementerian dalam usaha meringankan beban warga Wilayah Persekutuan.
Shahidan berkata pihaknya sedang mengkaji beberapa langkah bagi mengatasi masalah itu dan akan mengumumkan pendekatan terbaik selewat-lewatnya minggu depan.
Beliau juga berkata jualan rakyat selama enam bulan bermula hari ini akan diadakan di semua PA dan Projek Perumahan Rakyat di ibu negara serta kedai terpilih di Labuan melibatkan peruntukan RM3.48 juta dengan menawarkan subsidi harga ayam sebanyak RM3 untuk seekor dan RM0.50 bagi setiap 10 telur ayam Gred B.
Beliau berkata pihaknya juga akan membantu memantau kedai makanan yang menawarkan sumber protein itu sebagai hidangan agar tidak menaikkan harga sesuka hati.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022

Rundingan itu melibatkan peniaga di premis kementerian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan. - Gambar hiasan/BERNAMA

Pantau Kerajaan Baharu: Dilema miskin bandar, sampai bila?
Gaji RM3,000 dan mempunyai anak 4 orang. Tinggal pula di Kuala Lumpur. Ini dilema yang masih mendepani segolongan besar, mereka yang bergelar miskin bandar. Sempena Hari Wilayah, kami menelusuri isu ini, mencari penyelesaian terbaik.

KDN laksana klasifikasi filem 2023 berkuat kuasa hari ini
KDN melalui Lembaga Penapis Filem (LPF) menetapkan lima pengelasan atau Klasifikasi Filem 2023 yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Blinken bertemu Abbas di Ramallah, kata AS tentang perluasan penempatan Israel
Lawatan Blinken ke Ramallah adalah pusingan terakhir dalam jelajah serantau diplomat itu termasuk membabitkan Israel dan Mesir.

Gempa bumi di Iran, tiada rakyat Malaysia terjejas
Kedutaan Besar Malaysia di Tehran sedang memantau dengan teliti perkembangan gempa bumi.

Agong titah bangunkan Wilayah Persekutuan sebagai bandar raya unggul, mampan
Al-Sultan Abdullah berharap bantuan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan diberikan tumpuan khusus.

Istiadat pengurniaan pingat Wilayah Persekutuan yang terakhir disempurnakan Agong
Istiadat kali ini adalah yang terakhir disempurnakan Al-Sultan Abdullah yang bersemayam sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 mulai 31 Jan 2019.

Zambry bertemu lebih 80 pesuruhjaya tinggi, duta asing
Ketua-ketua perwakilan mengharapkan Malaysia akan terus aktif dalam menyuarakan setiap pendapat dan pandangan di peringkat global.

Penganggur didakwa bunuh warga emas
Tertuduh didakwa telah membunuh Misah Amin, 91, di Kampung Pulai Darat, kira-kira jam 1.30 pagi pada 20 Januari lalu.

PRN: Pendirian PN Kedah kekal sasar menang 33 kerusi DUN - Sanusi
Keyakinan itu bersandarkan jumlah undi yang diperoleh PN pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Ringkas SPUTNIK: Biden bakal bertemu Zelensky
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

KWP bakal runding dengan peniaga bagi turunkan harga ayam
Rundingan itu melibatkan peniaga di premis kementerian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.

KWP cadang bina parkir bertingkat di PPR Seri Anggerik
Projek di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat untuk menangani masalah parkir.

Inisiatif PKRCS khas: Kelegaaan kepada golongan B40, industri perhotelan
Inisiatif pelaksanaan PKRCS khas yang bermula 26 Julai lalu memberi kelegaan kepada golongan B40 dalam memantau keadaan pesakit kategori satu dan dua daripada kumpulan tersebut.

KWP terus santuni golongan memerlukan
Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Yayasan Wilayah Persekutuan menubuhkan [email protected] yang beroperasi secara berperingkat bermula 15 Julai 2021.

Langkah berani Labuan perangi varian Delta perlu dicontohi
Wilayah Persekutuan Labuan pernah berada pada tahap kritikal selepas penularan pertama varian Delta dikesan pada 24 April lalu.

KWP lancar Rumah [email protected] Seasons untuk golongan memerlukan
Rumah [email protected] Seasons menawarkan lima komponen utama kepada penerimanya.

KWP kenal pasti bazar Ramadan, pusat beli-belah dikunjungi individu positif, kontak rapat - Annuar
KWP kenal pasti dan memantau beberapa bazar Ramadan dan pusat beli-belah di ibu kota yang dikesan dikunjungi ratusan individu positif dan kontak rapat COVID-19, yang berkemungkinan akan diarah tutup.

Bazar Ramadan ditutup jika berlaku jangkitan COVID-19 - Annuar
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menutup operasi mana-mana Bazar Ramadan di bawah seliaannya sekiranya berlaku jangkitan COVID-19 di tapak bazar berkenaan.

KWP rancang bina fasiliti latihan sukan berpusat di Putrajaya - Annuar Musa
Perbadanan Putrajaya telah pun bersetuju menyediakan tanah bagi pembinaan fasiliti tersebut yang terletak bersebelahan Stadium Ragbi Nasional, Presint 13 yang sedang dalam pembinaan.

Majikan wajib lapor keadaan tempat tinggal pekerja asing bagi kelulusan perintah pembangunan
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan mewajibkan setiap majikan untuk memaklumkan tempat tinggal pekerja asing yang bakal diambil bekerja dalam mendapatkan kelulusan perintah pembangunan.