KUALA LUMPUR:Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memperuntukkan sejumlah RM750,000 untuk 13,000 bakul makanan yang akan diberikan kepada kawasan-kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata setiap kawasan Parlimen akan menerima 1,000 unit bakul makanan yang akan diberikan secara 'one-off' kepada golongan miskin bandar dan B40 dalam usaha memperkukuhkan kebajikan warganya.
"Bakul makanan berisi barangan keperluan asas ini diagihkan secara terus ke kediaman golongan sasar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP)," katanya selepas mengagihkan Bakul Makanan Kenduri Rakyat Hari Wilayah Persekutuan 2021 (SHWP2021) di Wangsa Maju di sini yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi KWP hari ini.
Program Kenduri Rakyat yang dilaksanakan setiap kali SHWP merupakan satu daripada 'signature' program Hari Wilayah Persekutuan pada setiap tahun.
Menurut Annuar, ia merupakan usaha KWP yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Wilayah Prihatin yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup warganya.
"Tetapi, tahun ini kita semua sedang bertarung memutuskan rantaian COVID-19 yang tidak membenarkan pelaksanaan program di lapangan.
"Oleh itu, kita menggunakan kaedah baharu dengan mengagihkan bakul makanan dan beras melalui program MyBeras@Wilayah kepada golongan sasar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam suasana norma baharu," katanya.
Dalam pada itu, Annuar menyeru kepada setiap warga Wilayah Persekutuan untuk bersama-sama meraikan SHWP2021 secara kreatif dengan berkongsi gambar serta video menerusi media sosial dengan meletakkan tanda pagar #WilayahPersekutuanWilayahPrihatin dan #kibarbenderaWP.
Jelasnya, dalam suasana norma baharu, program SHWP2021 tetap berlangsung dan dilaksanakan secara maya seperti Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Bermunajat, Pameran Digital Wilayah Persekutuan, Program CSR Hari Wilayah Persekutuan, Pencahayaan Wilayah Persekutuan, Khutbah Jumaat Khas Hari Wilayah Persekutuan, ROL Virtual Bike and Run, Pertandingan Fotografi Jelajah Labuan dan Virtual Muzikal Wilayah Prihatin.
"Pencahayaan Wilayah Persekutuan merupakan satu program baharu tahun ini dengan tujuan menggalakkan orang ramai dan semua pemilik bangunan untuk menyalakan lampu dengan suasana perayaan pada waktu malam supaya Wilayah Persekutuan sentiasa bercahaya sepanjang Februari ini.
"Melalui cara ini dapat menarik perhatian dan minat semua rakyat untuk bersama-sama keluarga duduk di rumah masing-masing dalam suasana meriah serta ceria sekali gus dapat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.
Annuar berharap dengan pelaksanaan aktiviti berbentuk keprihatinan dan kebajikan ini akan dapat memberi manfaat yang besar kepada warganya yang memerlukan sebagai usaha memupuk dan membudayakan penghayatan terhadap sifat keprihatinan dan kecaknaan terhadap warga kota Wilayah Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 01 2021
Menteri Wilayah Pesekutuan Tan Sri Annuar Musa menyampaikan sumbangan kepada penerima ketika Majlis Pengagihan Bakul Makanan Hari Wilayah dan MyBeras di Kompleks Yayasan Wangsa Perdana, Wangsa Maju hari ini. - Foto BERNAMA
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
KWP bakal runding dengan peniaga bagi turunkan harga ayam
Rundingan itu melibatkan peniaga di premis kementerian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.
KWP cadang bina parkir bertingkat di PPR Seri Anggerik
Projek di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat untuk menangani masalah parkir.
Inisiatif PKRCS khas: Kelegaaan kepada golongan B40, industri perhotelan
Inisiatif pelaksanaan PKRCS khas yang bermula 26 Julai lalu memberi kelegaan kepada golongan B40 dalam memantau keadaan pesakit kategori satu dan dua daripada kumpulan tersebut.
KWP terus santuni golongan memerlukan
Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Yayasan Wilayah Persekutuan menubuhkan RumahPrihatin@GrandSeasons yang beroperasi secara berperingkat bermula 15 Julai 2021.
Langkah berani Labuan perangi varian Delta perlu dicontohi
Wilayah Persekutuan Labuan pernah berada pada tahap kritikal selepas penularan pertama varian Delta dikesan pada 24 April lalu.
KWP lancar Rumah Prihatin@Grand Seasons untuk golongan memerlukan
Rumah Prihatin@Grand Seasons menawarkan lima komponen utama kepada penerimanya.
KWP kenal pasti bazar Ramadan, pusat beli-belah dikunjungi individu positif, kontak rapat - Annuar
KWP kenal pasti dan memantau beberapa bazar Ramadan dan pusat beli-belah di ibu kota yang dikesan dikunjungi ratusan individu positif dan kontak rapat COVID-19, yang berkemungkinan akan diarah tutup.
Bazar Ramadan ditutup jika berlaku jangkitan COVID-19 - Annuar
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menutup operasi mana-mana Bazar Ramadan di bawah seliaannya sekiranya berlaku jangkitan COVID-19 di tapak bazar berkenaan.
KWP rancang bina fasiliti latihan sukan berpusat di Putrajaya - Annuar Musa
Perbadanan Putrajaya telah pun bersetuju menyediakan tanah bagi pembinaan fasiliti tersebut yang terletak bersebelahan Stadium Ragbi Nasional, Presint 13 yang sedang dalam pembinaan.
Majikan wajib lapor keadaan tempat tinggal pekerja asing bagi kelulusan perintah pembangunan
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan mewajibkan setiap majikan untuk memaklumkan tempat tinggal pekerja asing yang bakal diambil bekerja dalam mendapatkan kelulusan perintah pembangunan.