awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
Wanita warga emas, anak maut dalam kebakaran di PPR Dato Senu
NVIDIA sedia hantar 82,000 unit GPU H200 ke China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWSP dalam proses mansuhkan kriteria i-Sinar

Bernama
Bernama
11/02/2021
14:21 MYT
KWSP dalam proses mansuhkan kriteria i-Sinar
KWSP amat menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan ini dilaksanakan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil maklum pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini berkenaan pemansuhan kriteria kemudahan i-Sinar bagi memberi lebih ramai ahli bantuan kewangan melalui simpanan Akaun 1 KWSP mereka.
KWSP dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata pemansuhan kriteria i-Sinar ini akan melibatkan perubahan kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online, ini bagi memastikan permohonan boleh dibuat secara mudah dan selamat bagi membantu ahli bertahan ketika tempoh mencabar ini.
Oleh itu, KWSP amat menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan ini dilaksanakan, katanya.
Maklumat lanjut berkenaan perkara ini akan diumumkan oleh KWSP di saluran-saluran komunikasi rasminya. Ahli juga dinasihatkan agar merujuk maklumat sahih daripada KWSP dan sentiasa berwaspada dengan maklumat yang mengelirukan dan tidak sahih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWSP
#i-sinar
#iSinar
#pengeluaran
#pemansuhan
#kriteria
#Menteri Kewangan
#Tengku Zafrul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan