KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup sementara beberapa pejabat dan kaunter perkhidmatan pelanggan bermula 5 Julai sehingga dimaklumkan kelak, susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang diumumkan kerajaan.
Menurut KWSP dalam kenyataan pada Ahad, pejabat-pejabat yang terlibat adalah KWSP Rawang, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, Klang, Kajang dan Gombak di Selangor dan KWSP Kuantan, Jerantut dan Pekan di Pahang.
"Sehubungan itu, kesemua sesi janji temu yang dibuat melalui saluran Janji Temu Online (JTO) dalam tempoh ini akan dibatalkan.
"Sekiranya ada keperluan untuk hadir ke cawangan KWSP, ahli perlu membuat janji temu semula pada tarikh lain selepas tempoh PKPD," katanya.
Menurut KWSP, keutamaan akan diberikan kepada janji temu yang dibuat untuk pengeluaran bagi umur 50, 55, 60, hilang upaya dan kematian setelah pejabat berkenaan beroperasi semula.
Bagi ahli yang telah membuat permohonan pengeluaran dan sedang menunggu pembayaran melalui Arahan Bayaran dan cek jurubank, cawangan KWSP berkenaan akan menghubungi ahli untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran atau untuk melengkapkan transaksi pengeluaran di cawangan yang dipilih ahli.
Sepanjang tempoh ini, perkhidmatan lain seperti permohonan pengeluaran perumahan, umur 50, 55 dan 60 boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun.
"KWSP akan terus melaksanakan langkah-langkah keselamatan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan ketika berurusan di pejabat bagi memastikan keselamatan ahli dan anggota KWSP adalah terpelihara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 04 2021
Kesemua sesi janji temu yang dibuat melalui saluran Janji Temu Online dalam tempoh ini akan dibatalkan. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Liputan terhadap Israel, perang di Gaza tidak terjejas - Al Jazeera
Editor pengurusan Arab saluran itu, Mohamed Moawad berkata ada kaedah lain yang akan digunakan oleh pasukannya dalam membawakan perkembangan terkini dari tanah Palestin itu.
Kekejaman Zionis: Rundingan gencatan senjata positif - Media Mesir
Kemajuan ketara dicapai dalam rundingan gencatan senjata mengenai konflik Gaza yang berlangsung sejak Sabtu lalu, laporan media Mesir.
Delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir, pada Sabtu untuk mengadakan rundingan damai dengan pengantara Mesir dan Qatar.
Delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir, pada Sabtu untuk mengadakan rundingan damai dengan pengantara Mesir dan Qatar.
Fasa pertama bantuan 100 kontena bermula hari ini
Fasa pertama bantuan rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza dengan keseluruhan 100 kontena melibatkan barangan keperluan asas bernilai RM12 juta, bermula pada Isnin. Laporan Afiezy Azaman dari Kaherah, Mesir.
Penang FC nyatakan solidariti terhadap Akhyar, Faisal
Pulau Pinang menyatakan solidariti bersama pemain-pemain ini dan berharap mereka dapat menerima rawatan yang sewajarnya dan akan pulih.
Polis jangka 'deefake' libat ahli politik meningkat
Polis menjangkakan jenayah penggunaan imej palsu menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) deepfake membabitkan ahli politik akan meningkat.
Jenayah Komersial di Malaysia meningkat 95.2 peratus dalam tempoh 5 tahun
Jenayah Komersial menyaksikan peningkatan sehingga 95.2 peratus dalam tempoh lima tahun.
Berusia 30 tahun ke atas, aktif media sosial, pendapatan kukuh jadi sasaran
Mereka yang berusia 30 tahun ke atas, aktif di media sosial dan mempunyai pendapatan kukuh merupakan sasaran sindiket penipuan jenayah komersial.
Fasa pertama bantuan 100 kontena bermula hari ini
Fasa pertama melibatkan 10 kontena yang dijadual dilancarkan pada jam 3 petang waktu tempatan ke pintu sempadan Rafah sebelum memasuki Gaza.
[TERKINI] Tragedi Kepala Air: 6 dikhuatiri lemas di Lembah Maksina
Enam orang dikhuatiri lemas, dua orang cedera manakala sembilan lagi selamat selepas dipercayai diserang kepala air di Lembah Maksina, Makuau malam tadi.
MCMC cadang tambah baik liputan internet di Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluaskan radius liputan internet sedia ada di sekitar Pulau Kapas dan Pulau Gemia.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
KWSP terus menumpukan aset penjanaan tunai, tidak mempertimbangkan aset digital
Dana persaraan itu akan terus melabur dalam kelas-kelas aset berkaitan yang konsisten dengan strategi pelaburan berhematnya.
Akaun KWSP ketiga untuk kecemasan dilaksana April 2024 - Ahmad Maslan
Akaun ketiga ataupun akaun fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mula dilaksanakan pada April 2024.
‘Buat apa kita buka Akaun 3 KWSP?’ - Ka Siong
Presiden MCA mempersoalkan cadangan kerajaan mewujudkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Belanjawan 2024: Had caruman i-Suri, i-Saraan KWSP dinaikkan
Had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan dan i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing ditingkatkan pada tahun hadapan.
KWSP digesa tingkat pelaburan dalam negara kepada 70 peratus - PM
Sasaran itu seiring dengan matlamatnya yang bertujuan membantu pencarumnya.
PM rasmi ibu pejabat baharu KWSP
Ibu pejabat baharu KWSP di Kwasa Damansara yang siap dibina pada Jun tahun lalu menempatkan lebih 2,200 kakitangan.
Khairy ingatkan KWSP untuk hari pencen
Menurut Khairy, rakyat Malaysia perlu berpandangan jauh sebelum meminta pengeluaran KWSP buat kali ketiga.
NGO minta kerajaan pertimbang benarkan pengeluaran kecemasan KWSP
Mereka menyeru agar kerajaan membenarkan pencarum membuat pengeluaran kecemasan secara bersasar segera.
KWSP, Petronas organisasi paling dipercayai rakyat Malaysia - Ipsos
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjadi organisasi dan institusi tabung amanah yang paling dipercayai rakyat Malaysia pada tahun 2022.