awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ladang komersial 2,760 hektar dibangunkan jadikan Sarawak hab industri buluh Malaysia

Bernama
Bernama
02/08/2023
20:15 MYT
Ladang komersial 2,760 hektar dibangunkan jadikan Sarawak hab industri buluh Malaysia
Abang Johari berkata langkah ini juga selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 kerajaan negeri. - Foto fail/BERNAMA
KUCHING: Ladang komersial berkeluasan 2,760 hektar dan 59 hektar ladang komuniti telah dibangunkan di Sarawak sebagai antara langkah untuk menjadikan negeri itu sebagai hab pembangunan industri buluh di Malaysia, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata langkah ini juga selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 kerajaan negeri untuk membangunkan 10,000 hektar ladang komersial dan 1,640 hektar ladang komuniti bagi menampung kelestarian bekalan sumber buluhnya.
"Saya berharap agar sektor perladangan hutan dan industri pemprosesan perkayuan akan menjadi lebih berdaya saing dan relevan bagi meningkatkan nilai eksport kayu dan produk bukan kayu kepada RM8 bilion pada 2030," katanya.
Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) penubuhan ladang buluh komersial antara Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka) dan Rich Venture Plantation Sdn Bhd di sini pada Rabu.
Pusaka dalam kenyataan bersempena dengan majlis itu berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Rich Venture Plantation selama dua tahun untuk mewujudkan ladang buluh dan pusat pemprosesan secara komersial bagi produk nilai tambah seperti produk biomas, arang buluh dan produk pembungkusan makanan.
Pusaka akan bertanggungjawab dalam menyediakan konsultasi teknikal serta membekalkan anak benih buluh yang berkualiti, manakala Rich Venture Plantation akan menyediakan kawasan yang sesuai untuk penanaman buluh.
"Rich Venture juga akan menyediakan tenaga kerja dan prasarana yang berkaitan bagi menjayakan operasi tersebut serta mendapatkan kelulusan berkaitan bagi memastikan objektif penubuhan ladang buluh itu tercapai," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#buluh
#Abang Johari Tun Openg
#ladang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan