awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
35 tokoh pelbagai bidang terima lantikan Ahli Majlis Pengakap Negara
Jualan Program Agro MADANI cecah RM13.25 juta dalam tempoh 25 hari
Ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 7 malam ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi 6 kontena e-waste seberat 158 tan ditahan di Pelabuhan Klang

Sinar Harian
Sinar Harian
31/01/2026
07:15 MYT
Lagi 6 kontena e-waste seberat 158 tan ditahan di Pelabuhan Klang
Pemeriksaan dijalankan menahan enam kontena yang membawa dagangan tersenarai sebagai larangan mengimport mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar.
PELABUHAN KLANG: Enam kontena mengandungi buangan terjadual sisa elektronik (e-waste) dianggarkan seberat 158,167 kilogram ditahan di Pelabuhan Barat, di sini pada Jumaat.
Rampasan itu dilakukan hasil pemeriksaan fizikal ke atas sembilan kontena dalam satu operasi bersepadu pelbagai agensi yang diketuai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang.
Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, operasi berkenaan diketuai Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal.
"Pemeriksaan dijalankan menahan enam kontena yang membawa dagangan tersenarai sebagai larangan mengimport mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling.
"Daripada jumlah itu, lima kontena membawa e-waste antaranya papan litar, fius, fius industri dan tembaga, manakala sebuah lagi kontena membawa wayar kuprum,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, keseluruhan berat dagangan buangan terjadual yang dirampas itu dianggarkan kira-kira 158,167 kilogram.
"Kesemua kontena berkenaan akan ditempatkan di kawasan selamat sementara menunggu notis daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi tujuan pengeksportan semula (re-export).
"Kemasukan bahan buangan terjadual adalah dilarang sama sekali mengikut peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya.
Mohd Shuhaily berkata, AKPS akan terus mempergiat pemeriksaan terhadap kontena dagangan yang disyaki membawa sisa terlarang serta memperkukuh kawalan dan penguatkuasaan di pintu masuk negara.
"Langkah ini penting bagi memastikan kedaulatan sempadan dan kepentingan negara sentiasa terpelihara,” katanya.
Media pada Selasa lalu melaporkan AKPS Pelabuhan Klang bersama agensi berkaitan menahan lima kontena yang membawa buangan terjadual (e-waste) serta sampah industri dan komersial dengan anggaran berat 125,037 kilogram. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#skandal e-waste
#Pelabuhan Klang
#AKPS
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan