awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Blue Origin gantung pelancongan angkasa, fokus misi ke bulan
Angka korban nahas kereta api Sepanyol meningkat kepada 46 orang
Serangan ke atas anak Rafizi: Hanya polis boleh tentukan NFA atau tidak - Saifuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

35 tokoh pelbagai bidang terima lantikan Ahli Majlis Pengakap Negara

Bernama
Bernama
31/01/2026
09:00 MYT
35 tokoh pelbagai bidang terima lantikan Ahli Majlis Pengakap Negara
Mohd Zin (kiri) menyampaikan sijil pelantikan Ahli Majlis Pengakap Negara kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul (kanan) pada majlis induksi hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Seranyak 35 tokoh daripada pelbagai bidang menerima surat lantikan sebagai Ahli Majlis Pengakap Negara yang disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara Mej Jen Datuk Prof Mohd Zin Bidin di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) di sini hari ini.
Antara penerima lantikan itu ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang.
Pada majlis berkenaan, Prof Mustaffa Ibrahim yang merupakan Pesuruhjaya Adult in Scouting (AIS) Kebangsaan bagi PPM ditauliahkan sebagai Pesuruhjaya Pentadbiran dan Tadbir Urus.
Majlis turut menyaksikan penyerahan pentauliahan kepada beberapa Pesuruhjaya Kebangsaan serta Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan.
Mohd Zin dalam ucapannya berkata pemimpin baharu yang dilantik merupakan 'ejen perubahan' dan 'arkitek masa depan' yang memikul tanggungjawab besar untuk mencorakkan landskap pembangunan belia negara.
Ketua Pengakap Negara Mejar Jeneral Datuk Profesor Dr Mohd Zin Bidin (tengah) bergambar bersama penerima-penerima Sijil Pelantikan Ahli Majlis Pengakap Negara pada majlis induksi dan penyampaian sijil pelantikan itu di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) hari ini. - Foto Bernama
Ketua Pengakap Negara Mejar Jeneral Datuk Profesor Dr Mohd Zin Bidin (tengah) bergambar bersama penerima-penerima Sijil Pelantikan Ahli Majlis Pengakap Negara pada majlis induksi dan penyampaian sijil pelantikan itu di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) hari ini. - Foto Bernama
Beliau berkata majlis hari ini turut menandakan permulaan satu era baharu kepimpinan Pengakap yang lebih dinamik, selaras dengan komitmen PPM untuk mendukung aspirasi Malaysia MADANI.
Beliau turut menyatakan keyakinan dengan komitmen yang teguh daripada semua Ahli Majlis Pengakap Negara memandangkan pergerakan Pengakap bukan sahaja akan mencapai sasaran Pelan Strategik, malah berupaya melampaui jangkaan.
"Kita komited untuk mendukung aspirasi Malaysia MADANI dengan menerapkan nilai-nilai teras Kelestarian, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat-Menghormati, Keyakinan, dan Ihsan dalam setiap nadi pergerakan kita.
"Mari kita bersama-sama menjadikan PPM 'from good to great' dalam memainkan peranan sebagai kuasa positif yang mengubah kehidupan, membina masyarakat dan mencipta masa depan yang lebih cerah," katanya.
Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Datuk Ahmad Shazily Ismail Bakti dan Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Dr Mohammed Mukhyuddin Sarwani.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#Ahli Majlis Pengakap Negara
#surat lantikan
#Johari Abdul
#Mustaffa Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan