awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Blue Origin gantung pelancongan angkasa, fokus misi ke bulan
Angka korban nahas kereta api Sepanyol meningkat kepada 46 orang
Serangan ke atas anak Rafizi: Hanya polis boleh tentukan NFA atau tidak - Saifuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan Program Agro MADANI cecah RM13.25 juta dalam tempoh 25 hari

Bernama
Bernama
31/01/2026
08:45 MYT
Jualan Program Agro MADANI cecah RM13.25 juta dalam tempoh 25 hari
Pengerusi FAMA Aminuddin Zulkipli (tiga, kanan) meninjau gerai jualan selepas merasmikan Karnival Jualan Agro MADANI Pahang harı ini. - Foto Bernama
KUANTAN: Program Jualan Agro MADANI mencatatkan prestasi memberangsangkan dalam tempoh 25 hari pertama tahun ini dengan nilai jualan terkumpul sebanyak RM13.25 juta.
Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Aminuddin Zulkipli berkata sebanyak 250 program dilaksanakan di seluruh negara dalam tempoh itu melibatkan penyertaan 5,527 usahawan tempatan dan kehadiran 440,000 pengunjung.
"Sepanjang tempoh itu, nilai jualan terkumpul mencecah RM13.25 juta dan memberikan penjimatan kepada rakyat sebanyak RM1.76 juta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jualan Agro MADANI Pahang di sini hari ini.
Pada tahun lepas, nilai jualan program itu mencatatkan RM84.14 juta membabitkan penjimatan rakyat dianggarkan lebih RM25 juta menerusi 4,300 program yang melibatkan 61,891 usahawan tempatan dan menarik 2.63 juta pengunjung.
Beliau berkata setiap penganjuran Program Jualan MADANI mendapat sambutan menggalakkan apabila kehadiran pengunjung mencapai 100 peratus sekali gus melebihi sasaran ditetapkan.
Aminuddin berkata berikutan permintaan tinggi terhadap penganjuran Karnival Jualan Agro MADANI bagi sesi 2025/2026 yang dijadualkan berakhir di Melaka pada Mac ini, program itu dijangka akan diperluas dan diteruskan.
Beliau berkata selepas ini, program akan ditumpukan sesuai dengan sambutan Tahun Baharu Cina, Ramadan dan Syawal.
Beliau berkata karnival seumpama itu perlu lebih kerap dilaksanakan kerana antara inisiatif utama yang membolehkan rakyat menikmati penjimatan berbanding penganjuran secara bermusim atau sekali sekala.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#Program Jualan Agro Madani
#prestasi memberangsangkan
#FAMA
#Aminuddin Zulkipli
#jumlah jualan
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan