KUALA LUMPUR: Bukan sekali dua kejadian pengecas mudah alih (power bank) meletup secara tiba-tiba.

Memetik laporan portal CNA, dua penumpang di dalam sebuah penerbangan tambang murah dilaporkan cedera dalam kejadian power bank meletup, baru-baru ini.

Insiden menyebabkan situasi bertukar huru-hara di dalam pesawat yang sudah bersedia untuk berlepas di Taiwan, baru-baru ini.

Menurut syarikat penerbangan Scoot, pesawat TR993 terpaksa kembali ke pintu landasan selepas power bank milik salah seorang penumpang tiba-tiba meletup dan terbakar.

Difahamkan, pemilik power bank itu dan rakannya mengalami kecederaan selepas melecur di jari.

Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), power bank dikategorikan sebagai bateri lithium ganti yang terdapat dalam produk elektronik seperti komputer riba, telefon bimbit dan basikal elektrik.

Jika anda mempunyai rancangan untuk pergi bercuti dan bakal menaiki pesawat, ambil tahu beberapa perkara ini untuk memastikan bagasi dan power bank dalam keadaan selamat.

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Politeknik Republik, Prodesor Wang Yihua berkongsi beberapa info penting mengenai keselamatan power bank di dalam pesawat.

Apa yang perlu anda buat?

Power Bank atau pengecas mudah alih mesti dibawa dalam bag mesra kabin dan tidak boleh didaftar masuk. Bag pintar (smart luggage) yang boleh disambung dengan power bank mesti ditanggalkan dan harus dicabut sebelum penerbangan.

1). Power bank dibenarkan untuk digunakan hanya apabila kapal terbang berada pada ketinggian dan bukan semasa pesawat bergerak di landasan, berlepas dan mendarat.

Walau bagaimanapun, penumpang sentiasa diingatkan tidak menggunakan sebarang pengecas mudah alih dalam penerbangan atas sebab keselamatan.

2). Apabila membawa bateri ganti untuk telefon pintar/power bank di dalam bagasi berdaftar atau bagasi tangan, penumpang harus melindungi terminal bateri daripada berlakunya litar pintas.

Mereka boleh menebat terminal dan melindunginya daripada terdedah menggunakan pita pelekat.

3). Anda harus mempertimbangkan membeli power bank dari jenama dipercayai dengan jaminan tahunan serta arahan pengendalian dan keselamatan.

Faktor utama yang juga perlu dipertimbangkan semasa membeli power bank ialah saiz, bentuk, berat dan kapasiti.

4). Elak membiarkan power bank anda dicas dalam tempoh berpanjangan kerana ia boleh menyebabkan menjadi terlalu panas.

Mereka juga harus mengelak daripada mengecas power bank di tempat yang ‘membina’ haba, seperti di atas katil.

5). Elak mengecas banyak peranti atau berlebihan pada power bank yang sama, menjatuhkanny kerana boleh menyebabkan kerosakan seterusnya berlaku litar pintas.

6). Jauhkan power bank daripada kanak-kanak.