awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi kes penuntut IPTA dipukul beramai-ramai, tiga suspek direman tiga hari

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/12/2024
01:10 MYT
Lagi kes penuntut IPTA dipukul beramai-ramai, tiga suspek direman tiga hari
Ketiga-tiga suspek dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.
IPOH: Tiga penuntut lelaki sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Seri Iskandar, dekat Parit direman tiga hari bagi membantu siasatan kes pukul beramai-ramai seorang penuntut lain di pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, ketiga-tiga suspek yang berumur antara 18 hingga 20 tahun adalah warganegara Malaysia.
Menurutnya, mereka ditahan selepas pihak polis bertindak atas laporan daripada seorang bapa yang mendakwa anak lelakinya yang berumur 18 tahun telah dipukul di asrama institusi itu pada Ahad lepas.
“Lebih kurang jam 6.45 petang Selasa, pihak polis telah menerima satu laporan dari ayah mangsa di mana anaknya telah dipukul beramai-ramai oleh teman sekuliah di asrama sebuah institusi pengajian tinggi di Seri Iskandar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau memberitahu, mangsa mengalami kecederaan pada telinga, luka dan bengkak di atas kening sebelah kanan, lebam di bahagian tangan dan kaki kiri serta kesan merah pada perut dan tengkuk.
Menurutnya, seramai tiga suspek berjaya ditahan dan direman selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Disember bagi membantu siasatan pihak polis.
“Mangsa dalam keadaan stabil dan telah dirawat sebagai pesakit luar manakala ketiga-tiga suspek dibebaskan hari ini dengan jaminan polis,” ujarnya.
Hafezul Helmi berkata, berdasarkam siasatan, kejadian berlaku kerana perselisihan faham dan provokasi antara mereka di dalam bilik asrama.
Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Pada Rabu, media melaporkan polis menahan 12 penuntut sebuah universiti awam di Kuala Terengganu bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki yang dipukul secara bergilir-gilir hingga cedera.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata kesemua lelaki berusia 20 hingga 22 tahun itu ditahan selepas pihaknya bertindak atas laporan daripada seorang bapa yang mendakwa anaknya berumur 20 tahun telah dipukul di kolej kediaman pelajar di universiti itu antara 1 hingga 5 pagi Ahad lepas.
Topic Berkaitan
#penuntut IPTA
#pukul beramai-ramai
#reman
#Hafezul Helmi Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan