KUALA TERENGGANU: Seekor anak penyu agar betina dianggarkan berumur dua tahun ditemukan mati terdampar di Pantai Kijal dekat Kemaman pagi tadi.
Bangkai haiwan itu dijumpai oleh seorang pemajak telur penyu Roslan Muhammad, 54, pada 8.30 pagi ketika sedang berada di pantai tersebut untuk melakukan kerja-kerja mengutip telur penyu.
"Kematian penyu sangat membimbangkan kerana ini adalah kali ketiga saya terjumpa bangkai penyu dalam tempoh dua minggu. Penemuan kali pertama oleh anak saya pada 30 Januari lepas.
"Sehari selepas itu, saya terjumpa bangkai penyu pada jarak lima kilometer dari lokasi pertama dan hari ini, jumpa lagi bangkai penyu di sekitar pantai sama, dalam satu kilometer dari lokasi penemuan kedua. Saya telah buat laporan mengenai penemuan ini kepada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Roslan yang menjadi pemajak telur penyu sejak 15 tahun lepas berkata beliau telah menanam bangkai itu di lokasi berhampiran ia ditemukan.
Beliau berkata hasil pemeriksaan terhadap bangkai penyu itu mendapati hanya bahagian kepala sahaja terdapat kesan retak dan ia dipercayai mati lemas kerana terperangkap dalam pukat nelayan.
Difahamkan, ini adalah penyu yang ke-19 ditemukan terdampar di pesisir pantai Terengganu pada tahun ini.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pemuliharaan Pulau Kapas Mohd Farith Rezza Isa berharap Jabatan Perikanan Negeri Terengganu akan memperhebatkan lagi operasi khas untuk mencegah penggunaan pukat pari dan aktiviti pukat tunda di laut.
"Antara punca kematian penyu ialah lemas kerana terperangkap dalam pukat. Ini boleh dielak sekiranya tiada lagi nelayan menggunakan pukat tersebut yang telah dilarang oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
"Penyu hanya mampu bertahan dua jam di dalam air, apabila terperangkap dalam pukat, risikonya untuk lemas sangat tinggi. Namun, sayang sekali masih ramai nelayan tidak bertanggungjawab menggunakan pukat pari untuk memudahkan kerja mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 14 2022
Siri penemuan penyu yang mati, cedera atau lemah dan terdampar di pantai mengajak kita memperbetulkan kembali hubungan serta tanggungjawab terhadap alam. - Gambar hiasan/Bernama
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat penemuan anak penyu berkepala dua
Setakat ini hanya seekor sahaja yang masih hidup dan bakinya mati sebelum menetas.
Anak penyu agar berkepala dua ditemukan
Ia adalah penemuan pertama di pusat konservasi itu bagi anak penyu berkepala dua yang masih hidup.
Penyu agar ditemukan mati, dipercayai akibat unsur khianat
Terdapat batu bata yang diikat pada bahagian kepala dan kaki depan penyu tersebut dipercayai bertujuan membataskan pergerakan haiwan itu dan menenggelamkannya ke dasar laut.
Penyu agar betina ditemui mati di perairan Pulau Kapas, dipercayai dibunuh
Seekor penyu Agar betina ditemukan mati dengan kesan kelar di bahagian leher di perairan Pulau Kapas dekat Marang, dipercayai dibunuh pihak tidak bertanggungjawab.
Tiga penyu agar dewasa ditemukan mati di Terengganu hari ini
Tiga bangkai penyu agar dewasa ditemukan di tiga lokasi sekitar daerah Kuala Nerus hari ini iaitu Seberang Takir, Pengkalan Maras dan Pulau Redang.
Jabatan Perikanan diarah perhebat penguatkuasaan elak kematian penyu
Penguatkuasaan perlu dilakukan secara lebih serius dan menyeluruh supaya kematian penyu tidak berulang.
Lagi penyu agar ditemukan mati di Pantai Kijal
Difahamkan, ini adalah penyu yang ke-19 ditemukan terdampar di pesisir pantai Terengganu pada tahun ini.
Anak penyu agar betina dijumpai di Pantai Pulau Kekabu
Seekor anak penyu agar betina dijumpai di Pantai Pulau Kekabu di sini hari ini, dalam keadaan lemah.
Lagi penyu agar ditemukan mati di pantai Terengganu
Suri rumah yang menemukan bangkai penyu tersebut berkata tiada sebarang kesan kecederaan pada haiwan itu.
Lagi penyu agar ditemukan mati di Terengganu
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Ruzaidi Mamat berkata penyu berukuran 80 sentimeter (cm) panjang dan 69cm lebar itu dipercayai mati akibat lemas terperangkap pada pukat.