awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi penyu agar ditemukan mati di pantai Terengganu

Bernama
Bernama
25/01/2022
22:57 MYT
Lagi penyu agar ditemukan mati di pantai Terengganu
Pada 23 Jan lalu, bangkai penyu agar betina dewasa ditemukan terdampar di Pantai Kelulut, Marang. --fotoBERNAMA
KUALA TERENGGANU: Seekor lagi penyu agar ditemukan mati terdampar di Pantai Sura Hujung dekat Dungun, petang semalam.
Suri rumah, Siti Norhairose Azney Ahmad, 33, yang menemukan bangkai penyu tersebut pada 2.30 petang berkata tiada sebarang kesan kecederaan pada haiwan itu dan keadaan fizikalnya kelihatan masih segar.
"Dari jauh, saya terlihat ada penyu dibawa ombak ke pantai. Saya segera ajak adik dan dua anak pergi lebih dekat kerana mahu tengok lebih jelas.
"Ini kali pertama saya terjumpa penyu, malangnya penyu itu sudah mati. Saya minta pertolongan orang awam yang ada berdekatan untuk mengangkat penyu itu ke darat dan menghubungi Jabatan Perikanan Negeri Terengganu untuk membuat laporan," katanya ketika dihubungi semalam.
Kematian penyu tersebut adalah yang ke-12 pada bulan ini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mamat berkata pihaknya ada menerima laporan berkenaan penemuan itu dan beberapa kakitangan telah pergi ke lokasi tersebut untuk mendapatkan maklumat terperinci.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyu agar
#mati
#pantai terengganu
#Pantai Sura Hujung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan