awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 7,000 pelancong Malaysia naik Whoosh sempena Krismas, sumbang 53 peratus jumlah penumpang
Cuti sekolah : AKPS ambil langkah proaktif tangani kesesakan di ICQS Rantau Panjang
JKR kenal pasti lebih 20 jalan Persekutuan di Kelantan perlu diselenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagu "Kita Di Sisimu" satu penghormatan buat sukarelawan banjir

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
13/01/2022
13:09 MYT
Lagu "Kita Di Sisimu" satu penghormatan buat sukarelawan banjir
Lebih 30 buah persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan bernaung di bawah Rescue Union bagi melancarkan lagu tema usaha menyelamat mangsa banjir dan video muzik berjudul "Kita Di Sisimu, Together As One". - FINAS
KUALA LUMPUR: Atas rasa hormat terhadap sukarelawan yang terlibat dalam usaha menyelamat mangsa banjir terus dipupuk dalam kalangan rakyat kita.
Lebih 30 buah persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan bernaung di bawah Rescue Union bagi melancarkan lagu tema usaha menyelamat mangsa banjir dan video muzik berjudul “Kita Di Sisimu, Together As One”.
Ia adalah kerjasama lebih dari 15 orang selebriti dan artis tempatan dan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) bagi menggalakkan rakyat Malaysia bersama-sama menjiwai semangat ‘Keluarga Malaysia’.
Lagu tersebut menyuntik semangat kepada mangsa-mangsa banjir agar tidak berputus asa dan tabah menghadapi cabaran – mengingatkan mereka “sesudah ribut, datangnya pelangi”.
Sebagai salah sebuah badan kerajaan utama dalam industri kreatif yang turun ke padang bagi bantu mangsa banjir, Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid menyokong segala usaha seperti ini kerana ia menyuntik semangat moral ketika negara sedang menghadapi pelbagai musibah.
”Kerja-kerja sukarelawan mencerminkan budaya dan moral rakyat Malaysia yang suka membantu antara satu sama lain.
“Saya percaya seni hiburan merupakan satu bentuk motivasi yang mampu memupuk semangat kebajikan dalam setiap orang dan memberi inspirasi kepada bakal sukarelawan akan datang.
“Saya berharap para penerbit kandungan kreatif atau penghasil kandungan di Malaysia mengikut jejak langkah selebriti-selebriti ini yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti CSR seumpama ini, supaya amalan ini dapat diteruskan, terutamanya di kalangan belia,” kata beliau dalam satu kenyataan media pada Khamis.
“Kita Di Sisimu, Together As One” merupakan sebuah lagu berbilang bahasa yang diterbitkan oleh pelakon tempatan Lenny Ooi yang dikenali melalui filem “Mrs K” dan “You Believe in Ghost?”.
Video muzik lagu itu juga memberikan penghormatan kepada mangsa-mangsa banjir dan para sukarelawan yang terlibat dalam program kemanusiaan dan menampilkan lebih 15 orang personaliti berbangsa Cina, Melayu, dan India, menginspirasikan keharmonian berbilang kaum.
Sementara itu, Pengasas Rescue Union, John Yap berkata, semasa bencana banjir di tahap yang kritikal, ianya jelas bahawa lebih banyak sokongan diperlukan daripada NGO dan persatuan-persatuan bagi memberi impak yang ketara dalam menyediakan kemudahan kepada mangsa-mangsa banjir.
"Saya ingin mengingatkan semua orang walaupun banjir telah surut di sesetengah lokasi, tetapi masih ramai mangsa banjir yang masih terkesan akibat bencana ini.
"Saya berharap melalui inisiatif ini, kita mampu meringankan beban mereka dan membantu memulihkan kediaman yang terjejas akibat bencana banjir,” katanya.
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#FINAS
#lagu kemanusiaan
#banjir
#NGO
#Kita Di Sisimu
#sukarelawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan